Wednesday, January 29, 2014

S to M to L

hi..
saja mengisi masa boring. bila diamat-amati template pic and profile pic saya kan, macam sangat berbeza dengan penampilan saya sblm ini. Apa tidaknya, itu gambar sejak 2010 or 2011 lagi. 3 tahun yang lepas. semasa masih bujang2 lagi. ya, itulah style saya. Yang simple memanjang. Dengan t-shirt dan seluar jeans. jarang2 la nak berfesyen ala feminine. Baju saiz "S" dan skinny jeans memang sesuai untuk org kurus macam sy.

But, selepas kahwin, segalanya berubah. Badan semakin berisi. Kenapa ya? Apa yg telah husband ku lakukan? haha.. pertanyaan apa ka ini? kalau yang dulu saiz "S" itu selesa, tapi sekarang, "S" itu sempit, "M" sdh muat2, dan "L" longgar2 lagi lah. Kalau ditengok pada pic, x la nampak berisi cuma bahagian pipi ada naik comel sikit. tapi, sy sendiri terpaksa simpan dah baju2 "S" dalam almari (ada yg sudah packing utk bagi anak2 buah). seluar skinny, hmmm... x boleh dah.. x muat sudah. kesian husband ku kena beli baju baru untuk wife yg sedang membesar. ada juga baju husband yg kecil sikit sy ambil untuk pakai di rumah.

Anyway, itu la perbezaan ketara yang berlaku hasil dari perkahwinan. kadang2, saya rasa macam cara org tua je saya berpakaian. tapi terimalah hakikat yang memang dah nak masuk 30 pun. Umur meningkat, badan pun semakin besar, tanggungjawab pun berganda-ganda dan sudah pasti berkat Tuhan melimpah-limpah.

so, ini lah cerita untuk hari ni. nanti saya tukar la pic2 itu jadi lebih ladies orang bilang bukan macam minah rempit bilang si anu. haha....


Thursday, January 23, 2014

Mom To Be

Shalom. agak lama jg tidak aktif bloging ini. mmg tidak aktif pun kn...
lihat topic.. macam pelik je... haha... x ada pun entri sdh wedding tetiba nak jadi ibu ka?
opss...bukan yg luar2 ya... actually saya sdh pun berkahwin pada 31 August 2013... haha.. cuma x update sj dalam blog. Nanti la sy sy buat entri balingbalik ttg kahwin ya...

ya, tidak lama lagi akan bergelar ibu. actually skg ni pun sy sudah bahasakan diri sebagai mummy kpd nanak sy. walaupun mungkin dia x dengar lagi. tp sy selalu bercakap dgn dia. sblm tido, bangun tido. bila2 masa terluang atau nak buat apa2 pun sy bagitau sama nanak sy.

skg sdh masuk 7 minggu dan 5 hari. masih dalam trimister pertama. blm lagi pigi scan. morning sickness, actually sdh mula tapi x la teruk sgt tapi yg pasti sy mudah penat, mudah lapar. yg agak susah skg, sy macam x boleh makan masakan sndr. yg susahnya, skg sy duduk jauh dr mr daddy. so, x org tolong nak masak. tapi sy paksa jg la atau beli di kedai. tapi, sy x boleh manja sgt. memandangkan skg duduk seperate dgn daddynya, perbelanjaan pun kena bagi 2. apa lagi sy ni belum bekerja, nak save tiket flite, belanja masa pregnant dan saving untuk nanak lahir nanti. so, mmg kena jimat sejimatnya. kenapa duduk seperate? x perlu cerita la. adalah sebab. bukan gaduh ya. tapi saya ada urusan di kk yg perlu disettlekan selama 3 bulan. hopefully bulan april semuanya settle. then boleh balik rumah kat kl.

actually duduk seperate dengan husband sgt sukar bagi saya. lain sgt situasinya semasa bercinta dulu. kadang2 5 bulan baru jumpa tapi x la rindu sampai nak nangis. tapi after kawin, then terpaksa duduk seperate dgn husband, lebih2 lagi tgh awal mengandung yg sgt2 perlukan perhatian husband, call dan mesej itu x cukup. selalu jg nangis2 dalam bilik seorg2. hmmm... harap2 x memberi kesan buruk pada nanak. huhu..

o ya, sy nak cerita experience sy naik pesawat pada awal hamil ni. sy balik kk naik flite pada usia nanak baru nak masuk 7 minggu. sy risau jg sbb banyak org ckp x boleh. tapi sbb x pilihan sy terpaksa. sy takut2 jg hari ni. tapi sy rasa semuanya ok. then sy cari info dalam google.ada yg katakan boleh cuma berisiko untuk darah beku disebabkan tekanan semasa di udara. ada dicadangkan supaya pakai stoking atau legging, dan berjalan2 dalam pesawat setiap 1 jam. pastikan jg anda tidak terdehidrat (means minum banyak air). saya x buat semua itu. harapan sy nanak sihat saja dan saya yakin Tuhan melindungi kami semasa dalam pesawat.

ok la. cukup untuk entri kali ni. nnt rajin sy tulis lagi. see u...