Wednesday, January 29, 2014

S to M to L

hi..
saja mengisi masa boring. bila diamat-amati template pic and profile pic saya kan, macam sangat berbeza dengan penampilan saya sblm ini. Apa tidaknya, itu gambar sejak 2010 or 2011 lagi. 3 tahun yang lepas. semasa masih bujang2 lagi. ya, itulah style saya. Yang simple memanjang. Dengan t-shirt dan seluar jeans. jarang2 la nak berfesyen ala feminine. Baju saiz "S" dan skinny jeans memang sesuai untuk org kurus macam sy.

But, selepas kahwin, segalanya berubah. Badan semakin berisi. Kenapa ya? Apa yg telah husband ku lakukan? haha.. pertanyaan apa ka ini? kalau yang dulu saiz "S" itu selesa, tapi sekarang, "S" itu sempit, "M" sdh muat2, dan "L" longgar2 lagi lah. Kalau ditengok pada pic, x la nampak berisi cuma bahagian pipi ada naik comel sikit. tapi, sy sendiri terpaksa simpan dah baju2 "S" dalam almari (ada yg sudah packing utk bagi anak2 buah). seluar skinny, hmmm... x boleh dah.. x muat sudah. kesian husband ku kena beli baju baru untuk wife yg sedang membesar. ada juga baju husband yg kecil sikit sy ambil untuk pakai di rumah.

Anyway, itu la perbezaan ketara yang berlaku hasil dari perkahwinan. kadang2, saya rasa macam cara org tua je saya berpakaian. tapi terimalah hakikat yang memang dah nak masuk 30 pun. Umur meningkat, badan pun semakin besar, tanggungjawab pun berganda-ganda dan sudah pasti berkat Tuhan melimpah-limpah.

so, ini lah cerita untuk hari ni. nanti saya tukar la pic2 itu jadi lebih ladies orang bilang bukan macam minah rempit bilang si anu. haha....


No comments:

Post a Comment