Wednesday, March 6, 2013

Aku tidak bisa

Shalom. percaya atau tidak. pic di atas adalah pic sy.. huhu.. pic ni diambil pada tahun 2007, semasa sy masih cadet inter, annual camp (compass marching)... pic ini semasa kami berehat di tepi sungai.. keluar masuk paya.. penat jg la.. muka kalau x edit jd old pic ni mmg banyak jerawat jeragat dan sebagainya.. weapon itu apa ya namanya, jap sy google dulu. kurang igt pula. ini nama dia steyr AUG.. tapi bawa peluru kosong saja la.. napa sy cerita ini?

actually sy lagi tengah memikirkan keadaan negeri sabah tercinta yg tengah kurang baik akibat serangan dari orang2 suluk ini. walaupun di tempat sy di KK dan Kudat masih belum kena attack tapi, sebagai org sabah sy turut merasakan tempias kesedihan + kerisauan dari saudara-saudara di LD, semporna & kunak. sy bukan post pic dgn senapang dgn niat utk berperang tapi ini sebagai luahan perasaan sy sendiri yg sy tidak mampu buat apa2. senapang dan peluru sy tidakpunya. kalau adapun, konon saja sy ni tentera/ROTU, tapi sy tidak pandai pun utk menggunakannya.. time kadet dulu pun, jauh sgt utk terkena sasaran, untuk cekak pun sy terkial-kial lagi. kata jurulatih sy dulu tangan tidak kuat. perlu banyak buat front support.. ya, mmg tangan sy tidak kuat.. dgn tubuh badan sy yg sekeping ini lagi, sekejap saja mengangkat weapon ni sdh rasa nak letak saja.. kalau la konon sy dipanggil untuk berperang (sebab belum lg sampai TTP), apa la yg sy boleh buat. jadi bahan ketawa musuh ada la.huhu...

disebalik merasakan ketidakmampuan ini, sy sedar, ada 1 benda yg sy mampu lakukan. iaitu BERDOA dan BERSERAH PENUH kepada TUHAN. sebab Tuhan sendiri berfirman ketika umat Israel melawan Mesir. Dalam Keluaran 14:14 "TUHAN akan berperang untuk kamu, dan kamu akan diam saja". Begitu ajaib kuasa Tuhan, dia mampu membelah samudera menjadi tanah kering supaya orang Israel dapat melarikan diri. sy percaya tidak ada yg mustahil untuk TUHAN lakukan saat ini. Tapi, yg terutama sekali, kita perlu untuk tidak henti-henti bersatu dalam doa. Mungkin kita punya kekuatan tentera yg hebat dan mantap tapi sebenarnya, di sebalik perjuangan mereka, tangan TUHAN sedang melakukan pekerjaannya. 

Dari semua ini, mari kita terus berdoa untuk keamanan SABAH dan kesejatheraan MALAYSIA. 
TUHAN memberkati. Amin.

No comments:

Post a Comment