Monday, March 4, 2013

Nubuat Untuk Malaysia

Shalom. Sy pasti semua dalam keadaan yg tidak tenang dgn apa yg berlaku sekarang ini. Sebelum ini, isu perkataan Allah dan Bible, dan sekarang isu kesultanan sulu. Begitu jg sy, memang ada rasa takut jg. Sementara menenangkan diri sendiri, semalam sy teringat satu kertas yg diberikan oleh kawan sy pada tahun lepas lagi. sy cepat2 mencari balik kertas itu. bila sy membaca kembali isi kertas itu, perasaan serba salah yg amat sgt sy rasakan kerana mengabaikan isi surat tersebut. dalam hati sy berharap agar kita belum terlambat lagi.Mungkin ada yg pernah mendapat mesej/surat ini. Mungkin jg ini hanya rekaan, tapi yg pasti sebagai Kristian, mari kita sama2 berdoa untuk negara kita. Kiranya Kasih karunia Tuhan kekal ada untuk Malaysia. Amin

ini isi surat itu. Harap semua meluangkan masa untuk membaca. 


Berikut ini adalah mesej yang mereka terima daripada Tuhan tentang Malaysia:
Malaysia sedang berada di persimpangan jalan yang sangat penting. Tuhan mengatakan bahawa Dia telah begitu setia kepada bangsa Malaysia. Dia telah melindungi Malaysia dalam 3 hal:

1. Penguasa-penguasa di atas Malaysia telah cuba menimbulkan perpecahan kaum. Ada usaha mengacau di hati rakyat untuk membangkitkan kehancuran, tetapi oleh kasih karunia Allah, Dia telah menghalang kehancuran itu berlaku.

2. Allah telah melindungi Malaysia daripada pelbagai bencana alam ketika Negara-negara di sekelilingnya dilanda bencana alam tersebut.

3. Allah telah melindungi Jemaat. Memandangkan anda berada di Negara Islam. Jemaat mempunyai ukuran kebebasan tinggi setakat ini. Banyak kali musuh telah berusaha mendekati gereja, tetapi Allah tidak membenarkannya.

Kesetiaan Tuhan melindungi Malaysia bukanlah kerana Jemaat telah berdoa. Sebenarnya, Jemaat di Malaysia telah masuk zon keselesaan. Jemaat merasa berpuas hati, nyaman dan mengantuk. Tiada berdoa dalam gereja dan tidak terbeban untuk keselamatan saudara-saudara ‘sepupu’ di Negara ini. Kebanyakan doa yang didoakan dalam gereja adalah doa peribadi, tetapi bukan bebanan untuk Negara dan keselamatan jiwa-jiwa yang hilang.

Amaran daripada Tuhan:
Tabir perlindungan ke atas Malaysia secara perlahan sedang menghilang. Awan di atas Malaysia sudah mula menutup. Pembakaran bangunan-bangunan gereja hanyalah sebahagian kecil sahaja tentang apa yang musuh ingin lakukan ke atas Negara ini. Terdapat ancaman penghukuman yang sedang menunggu dan akan terjadi jika para pendoa syafaat tidak bangkit.

Pelajaran tentang Abraham meminta Sodom dan Gomora Diselamatkan (oleh Pastor Julius Suubi):
Abraham berdoa untuk Sodom dan Gomora tetapi doa-doanya tidak dapat menyelamatkan Bandar-bandar itu. Doa-doanya saja tidak dapat menahan hukuman daripada Allah ke atas kota-kota itu. Abraham tidak tinggal di Sodom dan Gomora. Penduduk di negeri itu sendiri perlu muncul untuk mendoakan negeri mereka. Malangnya, tidak ada seorangpun di negeri itu terbeban untuk mendoakan Bandar-bandar mereka dan akhirnya bandar-bandar itu musnah.

Aplikasi ke atas Malaysia:
Hanya doa-doa orang-orang di Malaysia dapat membebaskan Negara mereka. Bebanan ini harus dipikul oleh orang-orang Malaysia sendiri. Mereka harus bangkit untuk mendoakan Negara mereka, berseru kepada Allah, mempengaruhi orang-orang lain dan memberitahu mereka bahawa bangsa ini sedang berada di persimpangan jalan yang amat penting. Beritahu kepada rakyat jelata bahawa 5 tahun akan datang adalah sangat penting. Sama ada mereka akan bangkit kepada revival yang sangat hebat; atau mereka akan mundur ke arah lain.

Kehendak Tuhan adalah agar Malaysia bangkit menuju ke destini (sebagai “Negara Pelangi”) dan untuk revival yang hebat melanda di seluruh Negara ini. Saudara-saudara kita dari negara-negara lain berada di sini hanya untuk membantu kita “PUSH”. Mereka merupakan “bidan-bidan” untuk membantu Jemaat-jemaat di Malaysia berdoa sehingga melahirkan bayi (destini Malaysia). Jemaat-jemaat di Malaysia harus berdoa dan bersyafaat untuk membuka awan-awan di Malaysia. Doa akan membuka awan-awan. Musuh akan berusaha menghalang doa-doa kita tetapi kita harus bertekun dan berdoa sehingga kita melihat revival.

No comments:

Post a Comment