Tuesday, February 4, 2014

9 weeks

Hi..
cerita mom-to-be lagi.

sudah masuk 9 weeks tapi saya masih rasa biasa2 saja. sy x rasa mengidam ka loya2 ka. saya cuma rasa cepat penat saja. kadang2, sampai saya terlupa yg sy sedang mengandung. Pernah jg rasa loya tapi bila nak berus gigi la. terutama bila kenyang, dan berus gigi. kadang2, kena berus balik sbb termuntah. lain2, macam mengidam, mcm x atau baby x minta spesifik apa dia nak makan sebenarnya. sy cuma jadi x suka makan daging (ayam, bab1 dsbgnya). sy prefer makan sayur atau seafood saja. mula2, sy fikir mungkin ka sbb jauh dari daddynya, so baby x minta macam2.

then, tadi ada borak2 dgn kawan yg sdh pregnant 34 minggu. dia pun sama mcm saya. x rasa mual2 dan mengidam. seolah-olah macam biasa saja. so, ya itu la. x semua ibu akan mengalami benda yang sama. ada yg teruk, ada yg x. ada yg lama menanggung alahan, ada yg sekejap. apa faktornya, saya pun x tau.

di sebalik semua itu, sy bersyukur kerana sy masih sihat dan harap2 baby pun sihat jg..

lain punya cerita, huahuahua... last weekend (cuti CNY), sy balik kg. papa saya (utk lbh lanjut akan diceritakan kemudian) yg memang suka memasak sdh prepare makanan khas utk saya. seafood memandang sy x berapa suka sgt nk mkn daging masa ni. tp bukan jg mengidam. antara seafood yg ada, ada ketam bakau, siput tarik (xtau nama betul), ikan sebelah and ikan gaguk (malay xtau). banyak kan. sebabnya murah sgt2 banding beli di tempat tinggal sy di kepong. ketam bakau RM 6/kg, kalau di kl RM 20>/kg. bayangkan perbezaan harga. then siput tarik RM3/kg, di kl xpasti sbb x pernah beli tp pernah makan di restoran KK, RM 22/kg. memang puas makan la. yg ikan x tanya harga tapi memang murah. sy membayangkan kalau sy duduk kl skg dgn harga seafood yg berganda2 mahal, wah, x mampu nk beli. ikan kerisik pun sdh RM 16/kg.

itulah ceritanya utk kali.

No comments:

Post a Comment