Thursday, March 27, 2014

New Hobby

Awal bulan yang lepas, saya dapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) sebanyak RM 250. Biasanya, saya akan menghabiskan untuk membeli stationary. Tapi oleh kerana peraturan terbaru, hanya 20% sahaja drpd baucer buku yg boleh digunakan untuk membeli stationary, so terpaksalah saya membeli buku.

Saya bukanlah seorang yang suka membaca buku. Boleh dikira dengan jari juga berapa banyak sahaja buku yang sudah habis saya baca. Pada saya, membaca buku seperti ubat tidur. Bila saya rasa susah untuk tidur waktu malam, saya akan ambil buku dan baca. Paling banyaklah 3 pages dan saya akan tertidur.

Kebetulan, pada minggu lepas ada discount buku di Harris/Popular di 1 Borneo. Saya mulalah memilih buku. Saya tidak tau hendak beli apa. Saya jalan-jalan, saya ternampak buku Nick Vujicic. Saya rasa semua orang pun tau siapa dia. Ada 3 jenis buku, so saya buat pilihan ambil yang paling murah. Limitless. Ok, satu buku sudah terbeli. Then, saya tanya husband, nak beli apa? Dia kata beli saja apa-apa. So, saya teringat ada buku yang husband saya hendak beli dulu tapi mungkin dia sudah lupa. Tajuknya The 30 Days MBA. Ok, 2 buku sudah.

Then saya jalan lagi ke bahagian religion. Banyak buku tapi saya tertarik dengan buku tentang perkahwinan. So, saya pilih buku H. Norman Wright, Bringing Out The Best in Your Marriage. Then saya pilih lagi buku. Saya pilih yang ada tulis the best seller book. Tajuknya, Eat, Pray and Love. Setelah memilih 4 buku, saya tidak tau lagi mau beli buku apa.

Then saya mesej adik saya yang kaki novel, tanya dia tajuk buku yang dia mau beli. Punya banyak list dia bagi. Hampir semua ada dijual sana. Tapi untuk baki baucer yang tinggal, saya hanya mampu belikan 4 novel sahaja. So, semua ada 8 buah buku sahaja.

BB1M gift
Ok, daripada ke8-8 buah buku ini, saya berjaya untuk membaca habis 1 daripada buku tersebut. Pecah rekod tanpa baca buku habis selama beberapa tahun. Mungkin kerana saya sangat boring atau buku itu menarik minat saya. Jalan cerita melayu tapi agak funny juga cara penulis itu.

Inilah buku yang berjaya saya habis baca selama 4 hari.
Adik saya kata, dia hanya perlu 1 mlm saja untuk habiskan.
Memang Kaki Novel la..
ok, back to title, ... saya sudah berniat untuk menjadikan membaca buku sebagai hobi baru saya. Memandangkan saya belum bekerja dan tidak ada kerja untuk dilakukan selain mengurus rumah semasa menunggu bersalin. Buku ke-2 yang saya sedang baca adalah buku tentang marriage itu. Harap-harap ini bukan hangat-hangat BB1M sahaja... hahaha... anyway, tq kepada adik saya yang mempengaruhi saya untuk membaca buku.

Wednesday, March 26, 2014

Belajar Untuk Melepaskan

..........saya pun tak pasti apa perasaan saya saat ini. Sekarang ini, saya sedang menyiapkan fail untuk serah tugas kepada pengerusi baru kami yang baru. Saya sepatutnya berasa lega sebab akan menyerahkan tugas kepada orang yang sangat tepat (pada saya). Tapi, kenapa saya rasa sedih. Saya seperti mula rasa tersisi selepas menyerahkan tugas. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya pada saat ini. Saya rasa tenang semasa mengumumkan pembubaran dan gembira selepas orang yang saya percayai terpilih. Tapi saat, saya melihat pengerusi baru itu menjalankan tugasnya dengan tekun sekali, saya rasa sedih. Seperti kalau diberikan peluang, saya mau jawatan itu semula. Adakah semua orang akan berperasaan seperti ini?

Ya Tuhan tolong saya untuk berfikiran positif akan hal ini. Saya takut untuk merasa disisikan. Saya perlu masa untuk recover. Pulang ke rumah KL adalah mungkin jalan terbaik untuk saya menenangkan fikiran. Saya tidak berfikir untuk meninggalkan sepenuhnya pelayanan saya dalam KTG, tapi saya rasa saya perlu masa untuk dipulihkan.

Kata husband saya, saya perlu belajar untuk melepaskan sesuatu. Ya, itu yang patut saya lakukan. Kalau diikutkan hati, saya masih mau melayani sebagai pengerusi KTG. Tapi apakan daya, suami bekerja di semenanjung dan sebagai isteri sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berada di sisi suami. Lainlah kalau saya kerja di Sabah. Tapi tidak mahu juga untuk berjauhan. Lagi pula, status sebagai ibu ini sangat terbatas untuk melayani dalam kelompok belia secara langsung. Belia sangat aktif, dan secara fizikal, saya dapat rasakan saya sudah tidak mampu. Anyway, saya akan melayani secara tidak langsung semampu yang boleh seperti yang Tuhan ingini. All the best KTG!

Untuk release segala perasaan yang tidak selesa ini, saya membaca renungan tentang 'Melepaskan'. Berdasarkan kisah Lot yang menoleh ke belakang, akibatnya menjadi tiang garam (Kejadian 19:26), seperti juga saya. Saya tidak harus menoleh ke belakang atau rasa menyesal tetapi harus belajar untuk melepaskan. Kenangan manis bersama KTG membuatkan saya tidak mau untuk melepaskan KTG. Saya merasakan inilah pelayanan yang terbaik.

Tapi, ada 2 hal yang mungkin Tuhan ingin terjadi. Pertama, Tuhan mau orang lain yang memimpin KTG, ke-2, Tuhan mau saya melayani di tempat lain dengan suasana yang lain. Jika saja, saya sentiasa menoleh ke belakang, 2 hal yang mungkin akan berlaku. Pertama saya akan terus campur tangan dalam KTG seolah-olah saya masih lagi pengerusi sehingga pemimpin baru KTG tersekat pelayanan mereka. Ke-2, saya tidak berfikir atau membuka hati saya menerima tugas pelayanan yang baru sehingga pelayanan saya juga tidak maju atau mati begitu saja.

Yeah, saya sudah faham. Melepaskan, pasrah dan bersandar pada kehendak Tuhan. Saya siap untuk menerima dan melakukan apa pun jua bentuk pelayanan yang baru. Apa pun jenis pelayanan itu, saya akan lakukan untuk kemuliaan Tuhan. Terima kasih Tuhan atas peluang yang sudah diberikan. I love u Jesus, Amin


Tuesday, March 18, 2014

Day 77/365 of 2014

Beginilah semaknya kalendar saya disebabkan tiada diari untuk tahun ini (belum lagi buka Note). biasanya sebelum mula tahun baru, iaitu pada 29 dis lagi saya sudah buka diari baru. Tapi tahun ini ada lambat sikit dan terlupa untuk beli diari memandang sudah jadi suri rumah, rasanya tidak perlulah ada diari. Tapi ternyata, saya masih perlu. Masih banyak perkara yang perlu saya catat dalam diari. Baby Journal, Financial, Bible Verse & Quote, Resepi and anything boleh tulis dalam diari.

So, hari ni, after lunch pigi la cari diari di Popular tapi habis jual dah. Pigi cari di Times, pun habis jual juga. Last sekali pg ke kedai buku Kim Sang. Jumpa juga la yang tak berapa cantik. Harga RM 16. Boleh muat dalam hand bag so bolehlah mula mencatit. 

Thursday, March 13, 2014

New Leader for KTG?

minggu depan merupakan pemilihan kepimpinan KTG yang baru, means saya rela atau paksa rela harus menyerahkan tugas kepada kepimpinan yang baru. Secara peribadi, saya masih mau untuk menjadi pengerusi atau ketua kepada KTG. Tapi apakan daya, saya sudah tidak mampu untuk handle lagi disebabkan saya sudah berhijarah ke tempat lain. aiseyman.

Selama 3 tahun saya mengambil alih kepimpinan KTG, memang terasa sedih untuk melepaskan tanggungjawab ini. Banyak yang masih ingin saya lakukan untuk KTG. Tapi, saya harus melepaskan. Saya masih boleh membantu dengan cara lain. Yang pasti, saya harus sentiasa menyokong KTG. Mungkin ada tanggungjawab lain untuk saya di tempat baru.

Ada di antara ahli KTG yang masih mau sy kekal sebagai pengerusi. Katanya, kita sudah cuba selama 4 bulan, saya hanya memantau dan memberi arahan dari jauh. Kami senang dengan cara itu. Asalkan ada yang guide/memberi arahan, kami akan buat apa sahaja. Wah, macam saya ini Pengarah saja ka. Besarnya kuasa, hanya memberi arahan, then orang lain kata 'kami yang menurut perintah'. Ini bukanlah ciri-ciri pemimpin pada saya. Sebagai pemimpin, saya haruslah yang di hadapan sekali bukan menolak orang lain untuk ke hadapan dan kita tengok sahaja. Yang penting semua perancangan settle.

So, saya memberi jawapan 'tidak' kepada mereka. Ada lebih baik, pengerusi yang baru adalah orang yang memang boleh turut serta. Memang akan ada perbezaan, tapi apa yang penting kita harus hormat dan menyokong pemimpin yang baru. Lagi pula, sampai bila kalau hanya melihat dari jauh, saya boleh memberi arahan. Sedangkan saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin ada perubahan yang saya tidak tahu. Then, mereka kata, ok kami setuju.

Untuk 2 minggu lagi, kami bergumul tentang pemimpin baru. Yang ada di Gereja sekarang hanyalah belia muda rata berumur 13-17 tahun. Tapi, kata Tuhan jangan menganggap dirimu muda! Yes, saya serahkan kepada Tuhan untuk memilih pemimpin yang baru. Biar kehendak Tuhan yang terjadi. Amin.

keep praying for MH370

sudah masuk hari ke-6,,

belum ada berita yang positif malahan spekulasi negatif media dan orang ramai semakin merunsingkan.

ada yang mengaitkan isu politik,
PRU ~ Trajedi Lahad Datu, PRK ~ Trajedi MH370
tertanya-tanya begitu kejamkah kerajaan Malaysia sehingga sanggup mengorbankan nyawa rakyat?
aah, tidak mungkinlah. Orang yang membuat andaian seperti ini terlampau banyak berfikir sehingga yang jahat sahaja mampu difikirkan.

adalah media luar mengutarakan isu memburukkan co-pilot
sakit hati bila melihat video seperti ini: Aussie girl

Tapi hari ini, saya ternampak sesuatu yang menarik:
Formasi oleh 400 pelajar SMK Banggi, Kudat
Secanggih mana pun teknologi, segigih manapun usaha SAR, sepintar mana pun pemimpin kita, tapi kalau bukan Tuhan yang memberkati, semua itu sia-sia. Mari terus berdoa untuk MH370. Amin

Tuesday, March 11, 2014

#PrayforMH370

Hari ini sudah masuk hari ke-4 pesawat MH370 hilang. Misi SAR juga masih dijalankan namun belum ada sebarang petunjuk yang ditemui. Bermacam-macam andaian dan spekulasi diutarakan oleh pakar maupun orang ramai.

Rasa 'pelik dan hairan' menjelma di fikiran saya. Ke mana hilangnya MH370? Kalau mungkin sudah terhempas kenapa tidak dapat menjumpai walau secebis pun bangkai pesawat. Takkan musnah 100%. Kalau mungkin mendarat di tempat lain, kenapa belum ada informasi. Atau kalau angkara pengganas? Berapa hari lagi perlu menanti.

Walaupun saya tidak ada keluarga atau sahabat yang terlibat, saya turut berasa sedih akan kehilangan MH370. Kemarin, saya mengharapkan apapun keadaan MH370, saya harap akan ditemui. Tapi, hari ini ada sedikit perasaan putus asa tapi saya berdoa untuk berlaku keajaiban. Kerana saya percaya Tuhan sedang bekerja dalam hal ini.

#PrayforMH370

Thursday, March 6, 2014

3 months

Last tuesday saya ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan kandungan untuk kali pertama. Actually, kalau ikutkan saya sudah terlewat untuk pemeriksaan pertama. Sepatutnya, sebelum habis trimester 1, saya sudah buat pemeriksaan pertama. Tapi atas alasan-alasan yang kurang munasabah sy ke klinik pada usia kandungan 13 minggu dan 2 hari.

Saya ke klinik menggatal ditemani oleh mama. Datang awal juga la sebab takut tak dapat giliran awal. So, dapat la giliran no 2008 (start no 2002), adalah dalam 30 minit menunggu untuk sampai giliran. So, nurse yang melayan sy itu student praktikal dari Masterskill. Memang budak barulah, banyak kesilapan dia buat sampai kotor buku klinik saya. Ada juga senior nurse yang observe dia. So, macam biasa dia tanya2 bila last period, masalah kesihatan, urine test, blood test, physical assessment etc. Ambil masa jugalah sebab kena tunggu result test, ada lagi pendidikan kesihatan. Then last sekali jumpa Dr. Dr ada buat scan tapi tak nampak jelas. Yang nampak ada denyutan jantung baby saja. Tapi Dr kata semua sudah ada cuma saiz memang masih kecil.

Jam 12 lebih baru siap semua, sempat juga saya curi makan di kantin sebab kelaparan. Sampai nurse pelatih itu cari saya di kantin. Haha... anyway, service di sini saya suka juga. Nurse semua peramah. Service agak cepat juga sebenarnya cuma yang melambatkan ramai orang. Sebab itu, kena datang seawal jam 7.30 pagi kalau mau dapat giliran awal. So, next month datang klinik lagi, mungkin lagi smooth sebab sy sudah tau apa yang perlu dibuat dan tinggal buat pemeriksaan saja. Tidak perlu lagi ada interview. Bulan mei dan seterusnya, akan pindah klinik di selayang/kepong sebab akan balik ke pangkuan husband tak lama lagi. hehe

Semoga semua baik-baik saja. Harap baby sihat dan juga saya sendiri sihat. Banyak saya belajar dari klinik. Apa yang boleh dan tidak boleh. Masa pregnant ni la, x sakit pun kena pigi klinik dan makan ubat. Dahlah memang jarang ke hospital sebab memang jarang sakit. Very the new experience lah.


Double Birthday 1 March

Selamat Hari Lahir buat mama dan mama mentua. Tak sangka birth date dorang sama biarpun tidak tepat sebab dulu-dulu mana ada surat beranak kan. Mamaku masuk 52 tahun ni, dan Mama mentua pula 65. Kalau mama itu x tepat tapi lebih kurang la umurnya, tapi kalau mama mentua memang tak betul la. Saya rasa umur dia dalam 50an juga.

Tapi, actually x best juga birthday mereka sama sebab tak dapat celebrate ke2-2. Tahun ni, saya celebrate dengan mama saja. Tapi tahun depan mungkin 2-2 pun x dapat celebrate sebab bulan mac bukanlah masa untuk balik bercuti. Terpaksalah wish dari jauh. 

Ke2-2 mereka ini berbeza latar belakang tapi mempunyai ciri keibuan yang hampir sama. So, untuk masuk dalam keluarga mentua, saya tidak rasa susah sebab sy sudah biasa dengan mama sendiri. Dulu2, risau juga sebab selalu dengar tentang ibu mentua yang garang, tapi mama mentua tidak. Anyway, semoga mama2ku sekalian sihat dan panjang umur. 

Ini picture masa celebrate birthday mama

inilah mama mentua saya. picture 2 tahun yg lepas kalau x silap.