Tuesday, March 11, 2014

#PrayforMH370

Hari ini sudah masuk hari ke-4 pesawat MH370 hilang. Misi SAR juga masih dijalankan namun belum ada sebarang petunjuk yang ditemui. Bermacam-macam andaian dan spekulasi diutarakan oleh pakar maupun orang ramai.

Rasa 'pelik dan hairan' menjelma di fikiran saya. Ke mana hilangnya MH370? Kalau mungkin sudah terhempas kenapa tidak dapat menjumpai walau secebis pun bangkai pesawat. Takkan musnah 100%. Kalau mungkin mendarat di tempat lain, kenapa belum ada informasi. Atau kalau angkara pengganas? Berapa hari lagi perlu menanti.

Walaupun saya tidak ada keluarga atau sahabat yang terlibat, saya turut berasa sedih akan kehilangan MH370. Kemarin, saya mengharapkan apapun keadaan MH370, saya harap akan ditemui. Tapi, hari ini ada sedikit perasaan putus asa tapi saya berdoa untuk berlaku keajaiban. Kerana saya percaya Tuhan sedang bekerja dalam hal ini.

#PrayforMH370

No comments:

Post a Comment