Thursday, March 27, 2014

New Hobby

Awal bulan yang lepas, saya dapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) sebanyak RM 250. Biasanya, saya akan menghabiskan untuk membeli stationary. Tapi oleh kerana peraturan terbaru, hanya 20% sahaja drpd baucer buku yg boleh digunakan untuk membeli stationary, so terpaksalah saya membeli buku.

Saya bukanlah seorang yang suka membaca buku. Boleh dikira dengan jari juga berapa banyak sahaja buku yang sudah habis saya baca. Pada saya, membaca buku seperti ubat tidur. Bila saya rasa susah untuk tidur waktu malam, saya akan ambil buku dan baca. Paling banyaklah 3 pages dan saya akan tertidur.

Kebetulan, pada minggu lepas ada discount buku di Harris/Popular di 1 Borneo. Saya mulalah memilih buku. Saya tidak tau hendak beli apa. Saya jalan-jalan, saya ternampak buku Nick Vujicic. Saya rasa semua orang pun tau siapa dia. Ada 3 jenis buku, so saya buat pilihan ambil yang paling murah. Limitless. Ok, satu buku sudah terbeli. Then, saya tanya husband, nak beli apa? Dia kata beli saja apa-apa. So, saya teringat ada buku yang husband saya hendak beli dulu tapi mungkin dia sudah lupa. Tajuknya The 30 Days MBA. Ok, 2 buku sudah.

Then saya jalan lagi ke bahagian religion. Banyak buku tapi saya tertarik dengan buku tentang perkahwinan. So, saya pilih buku H. Norman Wright, Bringing Out The Best in Your Marriage. Then saya pilih lagi buku. Saya pilih yang ada tulis the best seller book. Tajuknya, Eat, Pray and Love. Setelah memilih 4 buku, saya tidak tau lagi mau beli buku apa.

Then saya mesej adik saya yang kaki novel, tanya dia tajuk buku yang dia mau beli. Punya banyak list dia bagi. Hampir semua ada dijual sana. Tapi untuk baki baucer yang tinggal, saya hanya mampu belikan 4 novel sahaja. So, semua ada 8 buah buku sahaja.

BB1M gift
Ok, daripada ke8-8 buah buku ini, saya berjaya untuk membaca habis 1 daripada buku tersebut. Pecah rekod tanpa baca buku habis selama beberapa tahun. Mungkin kerana saya sangat boring atau buku itu menarik minat saya. Jalan cerita melayu tapi agak funny juga cara penulis itu.

Inilah buku yang berjaya saya habis baca selama 4 hari.
Adik saya kata, dia hanya perlu 1 mlm saja untuk habiskan.
Memang Kaki Novel la..
ok, back to title, ... saya sudah berniat untuk menjadikan membaca buku sebagai hobi baru saya. Memandangkan saya belum bekerja dan tidak ada kerja untuk dilakukan selain mengurus rumah semasa menunggu bersalin. Buku ke-2 yang saya sedang baca adalah buku tentang marriage itu. Harap-harap ini bukan hangat-hangat BB1M sahaja... hahaha... anyway, tq kepada adik saya yang mempengaruhi saya untuk membaca buku.

No comments:

Post a Comment