Thursday, March 13, 2014

New Leader for KTG?

minggu depan merupakan pemilihan kepimpinan KTG yang baru, means saya rela atau paksa rela harus menyerahkan tugas kepada kepimpinan yang baru. Secara peribadi, saya masih mau untuk menjadi pengerusi atau ketua kepada KTG. Tapi apakan daya, saya sudah tidak mampu untuk handle lagi disebabkan saya sudah berhijarah ke tempat lain. aiseyman.

Selama 3 tahun saya mengambil alih kepimpinan KTG, memang terasa sedih untuk melepaskan tanggungjawab ini. Banyak yang masih ingin saya lakukan untuk KTG. Tapi, saya harus melepaskan. Saya masih boleh membantu dengan cara lain. Yang pasti, saya harus sentiasa menyokong KTG. Mungkin ada tanggungjawab lain untuk saya di tempat baru.

Ada di antara ahli KTG yang masih mau sy kekal sebagai pengerusi. Katanya, kita sudah cuba selama 4 bulan, saya hanya memantau dan memberi arahan dari jauh. Kami senang dengan cara itu. Asalkan ada yang guide/memberi arahan, kami akan buat apa sahaja. Wah, macam saya ini Pengarah saja ka. Besarnya kuasa, hanya memberi arahan, then orang lain kata 'kami yang menurut perintah'. Ini bukanlah ciri-ciri pemimpin pada saya. Sebagai pemimpin, saya haruslah yang di hadapan sekali bukan menolak orang lain untuk ke hadapan dan kita tengok sahaja. Yang penting semua perancangan settle.

So, saya memberi jawapan 'tidak' kepada mereka. Ada lebih baik, pengerusi yang baru adalah orang yang memang boleh turut serta. Memang akan ada perbezaan, tapi apa yang penting kita harus hormat dan menyokong pemimpin yang baru. Lagi pula, sampai bila kalau hanya melihat dari jauh, saya boleh memberi arahan. Sedangkan saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin ada perubahan yang saya tidak tahu. Then, mereka kata, ok kami setuju.

Untuk 2 minggu lagi, kami bergumul tentang pemimpin baru. Yang ada di Gereja sekarang hanyalah belia muda rata berumur 13-17 tahun. Tapi, kata Tuhan jangan menganggap dirimu muda! Yes, saya serahkan kepada Tuhan untuk memilih pemimpin yang baru. Biar kehendak Tuhan yang terjadi. Amin.

No comments:

Post a Comment