Actually kami pun planing tapi dalam masa yang sama tak sabar nak ada anak. Sebab itu tak dapat planning lama. hahaha.. Kalau tak silap, biras saya due pada bulan ogos, saya pula pada awal september. Tapi kami mengharapkan yang baby kami nanti lahir bulan ogos juga. Lucky no. 8 lah katakan.
Seperti biasa, kalau si Bapa ini mengharapkan anak pertama itu anak lelaki. Supaya ada kawan nak sportlah, memancinglah, etc. Husband dan BIL pun sama jg seperti bakal-bakal Bapa yang lain. Berlainan dengan si ibu pula termasuk saya mengharapkan anak perempuan. Tapi apapun, saya terima sahaja.
Kalau merujuk kepada chinese gender chart kan, seperti di bawah ini, anak kami diramalkan anak perempuan dan BIL saya lelaki. Apalagi, BIL saya happylah dengan ramalan ini. Husband saya pula, saya tidak pasti apa perasaan dia sebab dia pun inginkan anak lelaki juga. Apapun, kami tidak percaya ramalan ini 100%. Yang penting anak kami sihat.

No comments:
Post a Comment