Post kali ini, saya mau cerita tentang kisah honeymoon saya and beloved husband pada september yang lepas. Kami tidak banyak keluar berjalan seperti pasangan lain memandangkan husband terus saja masuk kerja selepas beberapa hari sahaja kami berkahwin. Yalah, cuti banyak dihabiskan sebelum kahwin untuk mengurus hal-hal perkahwinan dan keluarga. Lagi pula, kami mau save cuti untuk cuti krismas dan emergency.
Tapi sepanjang sebulan selepas perkahwinan itu, kami mengambil masa hujung minggu untuk berjalan-jalan sekitar KL saja dan yang paling jauh itulah yang bakal saya ceritakan. Tapi, saya tidak merungut sebab pada saya bersama dengan husband berdua setiap masa itu sudah dikira honeymoon memandangkan sebelum perkahwinan, kami duduk berjauhan. Hanya pada cuti-cuti tertentu sahaja dia balik kampung. Itupun, masa sangat terbatas juga sebab saya pun ada komitmen lain semasa cuti.
So, kisah honeymoon yang saya pilih untuk diceritakan: berlayar dengan Superstar Libra. Actually, taklah berlayar mana pun. Cruise itu berlegar-legar sahaja di lautan. hahaha... so, jumaat after husband balik kerja kami terus ke Penang (drive sendiri). Sampai di Penang, kami menginap di Flamingo Hotel untuk 1 malam. Kami sebenarnya bukan pergi berdua, tapi ada sepasang lagi pengantin baru (sepupu husband), tapi masing-masing punya hal lah.
Then, sabtu, bangun pun lambat-lambat. Nak dekat jam10 itu baru keluar round2 Penang. Tak juga round ke mana sebab malas nak jalan. Kami lepak di mall saja menunggu masa boarding cruise. Lupa dah, masa boarding jam berapa.
![]() |
| Posting sebentar sebelum masuk dalam cruise |
![]() |
| Ini ruang cabin. sempit tapi saya suka designnya. |
![]() |
| Cabin no 8011 di deck-8. Tingkat paling atas ini. |
![]() |
| Ruangan atas, open space. tak banyak gambar kami.huhu |
After makan, kami mandi and bersedia untuk aktiviti malam. Ada aktivti @show yang kami boleh join secara percuma (include in package), ada pula yang kena bayar. Tapi yang paling menjadi perhatian adalah di casino. Penuh orang. Ada lagi crew yang berjalan-jalan promote alcohol la, jackpot & lucky draw and ticket untuk 1 show khas untuk adult, Nikita show. Kami pun belilah tiket untuk nikita show. apa yang ada, tak perlu ceritalah. tiket hanya rm70 untuk 2orang. Oh ya, semasa dalam cruise ini, kita akan dapat access card. so, bila kita nak beli sesuatu, kita tak perlu bayar cash tapi crew akan key in berapa banyak kita spend then semasa check out nanti baru kita bayar. jadi berhati-hatilah, jangan pula sembarang guna access card, nanti tak dapat bayar nanti.. hahaha..
Ini antara show yang sempat saya ambil gambar. Penari-penari dari Russia kalau tak silap ingat. Kalau yang Nikita show tak boleh ambil gambar, tak boleh bawa hp atau camera pun. Malam itu, kami habiskan masa berjalan-jalan disetiap tingkat kapal. Kalau boleh dalam ruang captain pun nak masuk juga. Bila dah tengah malam, tiada orang dah berlegar-legar. semua sudah masuk cabin masing-masing atau dalam casino. Kami pula bersama yang sepasang lagi minum-minum bersama crew kapal. Dalam jam 2am, baru masuk cabin. Esoknya, breakfast sahaja dan ready untuk check out jam 10 am.
Then itulah ceritanya. 1 malam sahaja memang tak puas. mungkin lepas ini kalau ada lebih-lebihan, kami plan mau bercuti ke Phuket pula dengan cruise. Hopefully.






No comments:
Post a Comment