Sudah 5 hari berlalu baru nak tulis tentang valentine. Bukan sibuk tetapi belum ada mood untuk menulis. #Valentine: Walaupun sesetengah orang beranggapan negatif tentang Valentine, saya tetap ingin menyambut hari valentine ini. Saya tidak peduli apa yang dikatakan oleh orang lain, saya ikut-ikutan dengan budaya barat atau haram etc, saya tetap akan merayakan Hari Valentine.
Ada orang kata, tiap hari pun kita boleh berkasih sayang. Ya, betul. Tapi, pada saya, Valentine adalah hari untuk kita merefleksi diri kita berdasarkan kasih Yesus dalam kehidupan kita. Refleksi diri means kita mengingat, menilai dan refresh semula diri kita. Mungkin tanpa disedari kita lupa untuk mengasihi atau kita menggangap diri kita sudah cukup memberi kasih sayang tetapi sebenarnya kita sudah melukai orang yang di sekeliling terutama pasangan kita dan keluarga. Dengan meluangkan masa untuk refleksi diri di hari valentine, kita akan sedar akan sesuatu dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita mengasihi kerana Allah terlebih dahulu mengasihi kita (1 Yoh 4:19).
Sejak awal perhubungan dengan suami sehingga bertunang, saya tidak pernah lagi menyambut hari valentine bersama. Maksud saya, quality time bersama suami memandangkan Hari Valentine jatuh pada bulan februari. Bukanlah masa yang sesuai untuk dia bercuti dan balik ke Sabah semata-mata untuk meraihkan Valentine. Kami hanya menghabiskan masa call atau sms. Dan di situ, kami sharing tentang perasaan masing-masing sepanjang perhubungan. Mungkin ada yang tersimpan di dalam hati akan diluahkan pada hari valentine. Inilah cara kami sebab bercinta jarak jauh.
Tapi, pada tahun ini yang merupakan hari valentine pertama selepas bergelar suami isteri, saya teringin untuk dinner dan spend time bersama suami. Tapi, masih tidak kesampaian memandangkan sekarang ini saya berada di Sabah (atas urusan penting) dan dia berada di KL. Maybe next yearlah. Mungkin saya mau belajar baking. Nak buat kek special untuk valentine day. Hopefully.hehehe
#Lain cerita
The night before valentine kan, saya ada bermimpi yang boleh diklasifiksikan sebagai nightmare. Dalam mimpi itu, saya bercerai dengan suami (tidak pasti sebab apa) dan berkahwin dengan seseorang (one of my secret admire before my husband). Tetapi selepas perkahwinan saya rasa sangat tidak bahagia dan ingin merujuk balik dengan suami. Sedih, suami tidak mau terima saya lagi. Oleh kerana saya rasa sedih sangat, saya terjaga dari tidur. Syukur hanya mimpi saja. Tapi, mimpi itu sangat menganggu fikiran saya sepanjang hari. Hopefully, tidak ada apa-apa yang berlaku di antara kami.
Walaupun suami saya tidaklah 'seperfect' seperti yang saya impikan sebelum perkahwinan dulu, dia tetap suami saya. Dan saya tidak boleh hidup tanpa dia. Saya percaya, dialah lelaki yang disediakan oleh Tuhan untuk menjadi pelengkap dalam hidup saya, untuk menjadi pelindung dan untuk menjadi ayah kepada anak-anak saya. I love & miss u so much hubby


No comments:
Post a Comment