Thursday, February 13, 2014

MY NERD SISTA

Kemarin, my mum text me my adik bungsu punya result last sem. My adik ini student di UPSI tahun satu mengambil kos Pendidikan Teknologi Maklumat. CGPA 3.5, wow! dean list itu. 1st sem sudah dapat result hebat macam itu.

Terus saya teringat result 1st sem saya dulu yang tak berapa nak cukup makan. Ya, dulu saya masuk U, tahun 2006. Masa ini tak berapa canggih lagi. Saya komputer pun tak berapa mahir, apa lagi mau cari info tentang study. So, memang terkial-kiallah 1st sem itu. Dahlah, kira culture shock sangat-sangat, memang kampungan. Tak tau apa-apa sebab itulah kali pertama keluar dari kampung sebab sebelumnya pun ambil STPM yang tak jauh beza macam sekolah menengah.

Berbeza dengan adik saya yang baru sahaja mendaftar pada september lepas. Sejak sekolah menengah lagi sudah dibiasakan dengan komputer. Masa STPM pun sudah didedahkan cara mencari maklumat. Just google, everything boleh dapat. Ditambah lagi, ada sudah siblingnya yang sudah mendahului. So, senanglah ada panduan sudah. 

Back to title, ya, memang adik saya ini agak nerd aka skema. Dari zaman sekolah rendah lagi, sudah nampak ke~nerd~an dia. Sentiasa on time kalau nak ke sekolah. Dari segi pemakaian pun sangat mematuhi peraturan. baju, kasut, rambut, tiada macam student lain yang ala-ala korea atau indonesia. Saya rasa kerja rumah pun dia tak pernah tak hantar atau hantar lambat kot. Stationary dia pun sentiasa lengkap. beg sekolah hari-hari penuh buku. Ringkasnya, dia tak pernah sekali pun 'break the rule'

Saya ingatkan, bila dah masuk U, adalah perubahan. Rupa-rupanya masih sama. Saya sendiri atau mana-mana student lain, jarang sekali saya nampak pergi kelas bawa 2,3 buku teks. Yang saya biasa nampak, 1 buku nota, 1 pen dan pendrive. Kadang-kadang, ada lagi yang tak bawa apa-apa. Berlainan dengan adik saya yang masih juga bawa buku teks yang berat ke kelas dengan naik bas. Yang lucu lagi, sampai koyak beg sebab beg terlalu berat. 

Inilah rupa adik ku bila nak ke kelas.
Sesuailah jadi cikgu kalau macam ni.
Tapi, jerih payah mu tidak akan sia-sia. 1st sem sahaja sudah dapat result yang saya kira hebat. Sebab adik saya ini bukanlah tergolong dalam pelajar yang genius tapi sebab rajin belajar dia boleh dapat result yang terbaik. So, untuk adikku teruskanlah attitude mu itu. Tapi, satu yang kakak mu pesan, tetap rendah hati walaupun sudah berjaya. Ok, all the best untuk sem yang seterusnya. 

No comments:

Post a Comment