Semenjak dua menjak ini, saya jarang sekali untuk update tentang fav team saya Chelsea. Saya cuma kadang-kadang baca di group fb sahaja. Tapi, last week saya balik kg dan my bro yang gila bola cuma tak pasti apa team fav dia, on live liverpool vs arsenal. wah kalah teruk arsenal 5-1 padahal arsenal team yang top sekarang dan liverpool pula pada kedudukan ke-4. Kekalahan teruk itu membawa team fav saya mendapat tempat top untuk minggu ini. Cuma hanya perbezaan 1 mata saja dengan arsenal di tempat ke-2. Ini merupakan satu peluang yang cerah untuk Chelsea menjadi juara EPL season ini. Tapi harus juga berhati-hati dengan Arsenal dan Mancity yang tidak jauh beza mata. Lagi pula, sejak awal season lagi, kedudukan tidak tetap. Belum ada team yang menonjol. Chelsea pun masih berubah-ubah kedudukan di top 4. Tapi kalau Chelsea dalam semua perlawanan beraksi dengan baik dan maintain untuk menang, mudah-mudahan Chelsea akan jadi juara. Baki perlawanan ada 13 lagi. #KTBFFH
Untuk Champion League pula, Chelsea layak untuk ke round 16 (Chelsea no.1 group stage). Dan akan beraksi menentang Galasataray pada 26 Feb ini. Harap-harap Chelsea dapat jadi Champion lagi untuk season ini. Tapi masih jauh lagi perjalanan. Anyway, kata fan2 chelsea, #in JM we trust..
#throwback
Agak sedih bila Juan Mata dipindahkan ke team Manutd. Saya minat Mata lebih-lebih lagi kalau digandingkan trio dengan Oscar dan Hazard (#MAZCAR). But, untuk keberlansungan karier beliau, saya paksa rela melepaskan Mata ke Manutd memandangkan Mata bukanlah pemain pilihan JM. Kalau selalu dibenchkan bagaimana karier dia berkembang. anyway, di mana pun teamnya, All the best Mata. Jumpa di World Cup nanti. Salah satu team fav saya itu Spain (selain England).
 |
| Mata with his new jersey no.8 |
No comments:
Post a Comment