Thursday, March 27, 2014

New Hobby

Awal bulan yang lepas, saya dapat Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) sebanyak RM 250. Biasanya, saya akan menghabiskan untuk membeli stationary. Tapi oleh kerana peraturan terbaru, hanya 20% sahaja drpd baucer buku yg boleh digunakan untuk membeli stationary, so terpaksalah saya membeli buku.

Saya bukanlah seorang yang suka membaca buku. Boleh dikira dengan jari juga berapa banyak sahaja buku yang sudah habis saya baca. Pada saya, membaca buku seperti ubat tidur. Bila saya rasa susah untuk tidur waktu malam, saya akan ambil buku dan baca. Paling banyaklah 3 pages dan saya akan tertidur.

Kebetulan, pada minggu lepas ada discount buku di Harris/Popular di 1 Borneo. Saya mulalah memilih buku. Saya tidak tau hendak beli apa. Saya jalan-jalan, saya ternampak buku Nick Vujicic. Saya rasa semua orang pun tau siapa dia. Ada 3 jenis buku, so saya buat pilihan ambil yang paling murah. Limitless. Ok, satu buku sudah terbeli. Then, saya tanya husband, nak beli apa? Dia kata beli saja apa-apa. So, saya teringat ada buku yang husband saya hendak beli dulu tapi mungkin dia sudah lupa. Tajuknya The 30 Days MBA. Ok, 2 buku sudah.

Then saya jalan lagi ke bahagian religion. Banyak buku tapi saya tertarik dengan buku tentang perkahwinan. So, saya pilih buku H. Norman Wright, Bringing Out The Best in Your Marriage. Then saya pilih lagi buku. Saya pilih yang ada tulis the best seller book. Tajuknya, Eat, Pray and Love. Setelah memilih 4 buku, saya tidak tau lagi mau beli buku apa.

Then saya mesej adik saya yang kaki novel, tanya dia tajuk buku yang dia mau beli. Punya banyak list dia bagi. Hampir semua ada dijual sana. Tapi untuk baki baucer yang tinggal, saya hanya mampu belikan 4 novel sahaja. So, semua ada 8 buah buku sahaja.

BB1M gift
Ok, daripada ke8-8 buah buku ini, saya berjaya untuk membaca habis 1 daripada buku tersebut. Pecah rekod tanpa baca buku habis selama beberapa tahun. Mungkin kerana saya sangat boring atau buku itu menarik minat saya. Jalan cerita melayu tapi agak funny juga cara penulis itu.

Inilah buku yang berjaya saya habis baca selama 4 hari.
Adik saya kata, dia hanya perlu 1 mlm saja untuk habiskan.
Memang Kaki Novel la..
ok, back to title, ... saya sudah berniat untuk menjadikan membaca buku sebagai hobi baru saya. Memandangkan saya belum bekerja dan tidak ada kerja untuk dilakukan selain mengurus rumah semasa menunggu bersalin. Buku ke-2 yang saya sedang baca adalah buku tentang marriage itu. Harap-harap ini bukan hangat-hangat BB1M sahaja... hahaha... anyway, tq kepada adik saya yang mempengaruhi saya untuk membaca buku.

Wednesday, March 26, 2014

Belajar Untuk Melepaskan

..........saya pun tak pasti apa perasaan saya saat ini. Sekarang ini, saya sedang menyiapkan fail untuk serah tugas kepada pengerusi baru kami yang baru. Saya sepatutnya berasa lega sebab akan menyerahkan tugas kepada orang yang sangat tepat (pada saya). Tapi, kenapa saya rasa sedih. Saya seperti mula rasa tersisi selepas menyerahkan tugas. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya pada saat ini. Saya rasa tenang semasa mengumumkan pembubaran dan gembira selepas orang yang saya percayai terpilih. Tapi saat, saya melihat pengerusi baru itu menjalankan tugasnya dengan tekun sekali, saya rasa sedih. Seperti kalau diberikan peluang, saya mau jawatan itu semula. Adakah semua orang akan berperasaan seperti ini?

Ya Tuhan tolong saya untuk berfikiran positif akan hal ini. Saya takut untuk merasa disisikan. Saya perlu masa untuk recover. Pulang ke rumah KL adalah mungkin jalan terbaik untuk saya menenangkan fikiran. Saya tidak berfikir untuk meninggalkan sepenuhnya pelayanan saya dalam KTG, tapi saya rasa saya perlu masa untuk dipulihkan.

Kata husband saya, saya perlu belajar untuk melepaskan sesuatu. Ya, itu yang patut saya lakukan. Kalau diikutkan hati, saya masih mau melayani sebagai pengerusi KTG. Tapi apakan daya, suami bekerja di semenanjung dan sebagai isteri sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berada di sisi suami. Lainlah kalau saya kerja di Sabah. Tapi tidak mahu juga untuk berjauhan. Lagi pula, status sebagai ibu ini sangat terbatas untuk melayani dalam kelompok belia secara langsung. Belia sangat aktif, dan secara fizikal, saya dapat rasakan saya sudah tidak mampu. Anyway, saya akan melayani secara tidak langsung semampu yang boleh seperti yang Tuhan ingini. All the best KTG!

Untuk release segala perasaan yang tidak selesa ini, saya membaca renungan tentang 'Melepaskan'. Berdasarkan kisah Lot yang menoleh ke belakang, akibatnya menjadi tiang garam (Kejadian 19:26), seperti juga saya. Saya tidak harus menoleh ke belakang atau rasa menyesal tetapi harus belajar untuk melepaskan. Kenangan manis bersama KTG membuatkan saya tidak mau untuk melepaskan KTG. Saya merasakan inilah pelayanan yang terbaik.

Tapi, ada 2 hal yang mungkin Tuhan ingin terjadi. Pertama, Tuhan mau orang lain yang memimpin KTG, ke-2, Tuhan mau saya melayani di tempat lain dengan suasana yang lain. Jika saja, saya sentiasa menoleh ke belakang, 2 hal yang mungkin akan berlaku. Pertama saya akan terus campur tangan dalam KTG seolah-olah saya masih lagi pengerusi sehingga pemimpin baru KTG tersekat pelayanan mereka. Ke-2, saya tidak berfikir atau membuka hati saya menerima tugas pelayanan yang baru sehingga pelayanan saya juga tidak maju atau mati begitu saja.

Yeah, saya sudah faham. Melepaskan, pasrah dan bersandar pada kehendak Tuhan. Saya siap untuk menerima dan melakukan apa pun jua bentuk pelayanan yang baru. Apa pun jenis pelayanan itu, saya akan lakukan untuk kemuliaan Tuhan. Terima kasih Tuhan atas peluang yang sudah diberikan. I love u Jesus, Amin


Tuesday, March 18, 2014

Day 77/365 of 2014

Beginilah semaknya kalendar saya disebabkan tiada diari untuk tahun ini (belum lagi buka Note). biasanya sebelum mula tahun baru, iaitu pada 29 dis lagi saya sudah buka diari baru. Tapi tahun ini ada lambat sikit dan terlupa untuk beli diari memandang sudah jadi suri rumah, rasanya tidak perlulah ada diari. Tapi ternyata, saya masih perlu. Masih banyak perkara yang perlu saya catat dalam diari. Baby Journal, Financial, Bible Verse & Quote, Resepi and anything boleh tulis dalam diari.

So, hari ni, after lunch pigi la cari diari di Popular tapi habis jual dah. Pigi cari di Times, pun habis jual juga. Last sekali pg ke kedai buku Kim Sang. Jumpa juga la yang tak berapa cantik. Harga RM 16. Boleh muat dalam hand bag so bolehlah mula mencatit. 

Thursday, March 13, 2014

New Leader for KTG?

minggu depan merupakan pemilihan kepimpinan KTG yang baru, means saya rela atau paksa rela harus menyerahkan tugas kepada kepimpinan yang baru. Secara peribadi, saya masih mau untuk menjadi pengerusi atau ketua kepada KTG. Tapi apakan daya, saya sudah tidak mampu untuk handle lagi disebabkan saya sudah berhijarah ke tempat lain. aiseyman.

Selama 3 tahun saya mengambil alih kepimpinan KTG, memang terasa sedih untuk melepaskan tanggungjawab ini. Banyak yang masih ingin saya lakukan untuk KTG. Tapi, saya harus melepaskan. Saya masih boleh membantu dengan cara lain. Yang pasti, saya harus sentiasa menyokong KTG. Mungkin ada tanggungjawab lain untuk saya di tempat baru.

Ada di antara ahli KTG yang masih mau sy kekal sebagai pengerusi. Katanya, kita sudah cuba selama 4 bulan, saya hanya memantau dan memberi arahan dari jauh. Kami senang dengan cara itu. Asalkan ada yang guide/memberi arahan, kami akan buat apa sahaja. Wah, macam saya ini Pengarah saja ka. Besarnya kuasa, hanya memberi arahan, then orang lain kata 'kami yang menurut perintah'. Ini bukanlah ciri-ciri pemimpin pada saya. Sebagai pemimpin, saya haruslah yang di hadapan sekali bukan menolak orang lain untuk ke hadapan dan kita tengok sahaja. Yang penting semua perancangan settle.

So, saya memberi jawapan 'tidak' kepada mereka. Ada lebih baik, pengerusi yang baru adalah orang yang memang boleh turut serta. Memang akan ada perbezaan, tapi apa yang penting kita harus hormat dan menyokong pemimpin yang baru. Lagi pula, sampai bila kalau hanya melihat dari jauh, saya boleh memberi arahan. Sedangkan saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin ada perubahan yang saya tidak tahu. Then, mereka kata, ok kami setuju.

Untuk 2 minggu lagi, kami bergumul tentang pemimpin baru. Yang ada di Gereja sekarang hanyalah belia muda rata berumur 13-17 tahun. Tapi, kata Tuhan jangan menganggap dirimu muda! Yes, saya serahkan kepada Tuhan untuk memilih pemimpin yang baru. Biar kehendak Tuhan yang terjadi. Amin.

keep praying for MH370

sudah masuk hari ke-6,,

belum ada berita yang positif malahan spekulasi negatif media dan orang ramai semakin merunsingkan.

ada yang mengaitkan isu politik,
PRU ~ Trajedi Lahad Datu, PRK ~ Trajedi MH370
tertanya-tanya begitu kejamkah kerajaan Malaysia sehingga sanggup mengorbankan nyawa rakyat?
aah, tidak mungkinlah. Orang yang membuat andaian seperti ini terlampau banyak berfikir sehingga yang jahat sahaja mampu difikirkan.

adalah media luar mengutarakan isu memburukkan co-pilot
sakit hati bila melihat video seperti ini: Aussie girl

Tapi hari ini, saya ternampak sesuatu yang menarik:
Formasi oleh 400 pelajar SMK Banggi, Kudat
Secanggih mana pun teknologi, segigih manapun usaha SAR, sepintar mana pun pemimpin kita, tapi kalau bukan Tuhan yang memberkati, semua itu sia-sia. Mari terus berdoa untuk MH370. Amin

Tuesday, March 11, 2014

#PrayforMH370

Hari ini sudah masuk hari ke-4 pesawat MH370 hilang. Misi SAR juga masih dijalankan namun belum ada sebarang petunjuk yang ditemui. Bermacam-macam andaian dan spekulasi diutarakan oleh pakar maupun orang ramai.

Rasa 'pelik dan hairan' menjelma di fikiran saya. Ke mana hilangnya MH370? Kalau mungkin sudah terhempas kenapa tidak dapat menjumpai walau secebis pun bangkai pesawat. Takkan musnah 100%. Kalau mungkin mendarat di tempat lain, kenapa belum ada informasi. Atau kalau angkara pengganas? Berapa hari lagi perlu menanti.

Walaupun saya tidak ada keluarga atau sahabat yang terlibat, saya turut berasa sedih akan kehilangan MH370. Kemarin, saya mengharapkan apapun keadaan MH370, saya harap akan ditemui. Tapi, hari ini ada sedikit perasaan putus asa tapi saya berdoa untuk berlaku keajaiban. Kerana saya percaya Tuhan sedang bekerja dalam hal ini.

#PrayforMH370

Thursday, March 6, 2014

3 months

Last tuesday saya ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan kandungan untuk kali pertama. Actually, kalau ikutkan saya sudah terlewat untuk pemeriksaan pertama. Sepatutnya, sebelum habis trimester 1, saya sudah buat pemeriksaan pertama. Tapi atas alasan-alasan yang kurang munasabah sy ke klinik pada usia kandungan 13 minggu dan 2 hari.

Saya ke klinik menggatal ditemani oleh mama. Datang awal juga la sebab takut tak dapat giliran awal. So, dapat la giliran no 2008 (start no 2002), adalah dalam 30 minit menunggu untuk sampai giliran. So, nurse yang melayan sy itu student praktikal dari Masterskill. Memang budak barulah, banyak kesilapan dia buat sampai kotor buku klinik saya. Ada juga senior nurse yang observe dia. So, macam biasa dia tanya2 bila last period, masalah kesihatan, urine test, blood test, physical assessment etc. Ambil masa jugalah sebab kena tunggu result test, ada lagi pendidikan kesihatan. Then last sekali jumpa Dr. Dr ada buat scan tapi tak nampak jelas. Yang nampak ada denyutan jantung baby saja. Tapi Dr kata semua sudah ada cuma saiz memang masih kecil.

Jam 12 lebih baru siap semua, sempat juga saya curi makan di kantin sebab kelaparan. Sampai nurse pelatih itu cari saya di kantin. Haha... anyway, service di sini saya suka juga. Nurse semua peramah. Service agak cepat juga sebenarnya cuma yang melambatkan ramai orang. Sebab itu, kena datang seawal jam 7.30 pagi kalau mau dapat giliran awal. So, next month datang klinik lagi, mungkin lagi smooth sebab sy sudah tau apa yang perlu dibuat dan tinggal buat pemeriksaan saja. Tidak perlu lagi ada interview. Bulan mei dan seterusnya, akan pindah klinik di selayang/kepong sebab akan balik ke pangkuan husband tak lama lagi. hehe

Semoga semua baik-baik saja. Harap baby sihat dan juga saya sendiri sihat. Banyak saya belajar dari klinik. Apa yang boleh dan tidak boleh. Masa pregnant ni la, x sakit pun kena pigi klinik dan makan ubat. Dahlah memang jarang ke hospital sebab memang jarang sakit. Very the new experience lah.


Double Birthday 1 March

Selamat Hari Lahir buat mama dan mama mentua. Tak sangka birth date dorang sama biarpun tidak tepat sebab dulu-dulu mana ada surat beranak kan. Mamaku masuk 52 tahun ni, dan Mama mentua pula 65. Kalau mama itu x tepat tapi lebih kurang la umurnya, tapi kalau mama mentua memang tak betul la. Saya rasa umur dia dalam 50an juga.

Tapi, actually x best juga birthday mereka sama sebab tak dapat celebrate ke2-2. Tahun ni, saya celebrate dengan mama saja. Tapi tahun depan mungkin 2-2 pun x dapat celebrate sebab bulan mac bukanlah masa untuk balik bercuti. Terpaksalah wish dari jauh. 

Ke2-2 mereka ini berbeza latar belakang tapi mempunyai ciri keibuan yang hampir sama. So, untuk masuk dalam keluarga mentua, saya tidak rasa susah sebab sy sudah biasa dengan mama sendiri. Dulu2, risau juga sebab selalu dengar tentang ibu mentua yang garang, tapi mama mentua tidak. Anyway, semoga mama2ku sekalian sihat dan panjang umur. 

Ini picture masa celebrate birthday mama

inilah mama mentua saya. picture 2 tahun yg lepas kalau x silap.


Wednesday, February 19, 2014

Valentine Huh?!

Sudah 5 hari berlalu baru nak tulis tentang valentine. Bukan sibuk tetapi belum ada mood untuk menulis. #Valentine: Walaupun sesetengah orang beranggapan negatif tentang Valentine, saya tetap ingin menyambut hari valentine ini. Saya tidak peduli apa yang dikatakan oleh orang lain, saya ikut-ikutan dengan budaya barat atau haram etc, saya tetap akan merayakan Hari Valentine.

Ada orang kata, tiap hari pun kita boleh berkasih sayang. Ya, betul. Tapi, pada saya, Valentine adalah hari untuk kita merefleksi diri kita berdasarkan kasih Yesus dalam kehidupan kita. Refleksi diri means kita mengingat, menilai dan refresh semula diri kita. Mungkin tanpa disedari kita lupa untuk mengasihi atau kita menggangap diri kita sudah cukup memberi kasih sayang tetapi sebenarnya kita sudah melukai orang yang di sekeliling terutama pasangan kita dan keluarga. Dengan meluangkan masa untuk refleksi diri di hari valentine, kita akan sedar akan sesuatu dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita mengasihi kerana Allah terlebih dahulu mengasihi kita (1 Yoh 4:19).

Sejak awal perhubungan dengan suami sehingga bertunang, saya tidak pernah lagi menyambut hari valentine bersama. Maksud saya, quality time bersama suami memandangkan Hari Valentine jatuh pada bulan februari. Bukanlah masa yang sesuai untuk dia bercuti dan balik ke Sabah semata-mata untuk meraihkan Valentine.  Kami hanya menghabiskan masa call atau sms. Dan di situ, kami sharing tentang perasaan masing-masing sepanjang perhubungan. Mungkin ada yang tersimpan di dalam hati akan diluahkan pada hari valentine. Inilah cara kami sebab bercinta jarak jauh.

Tapi, pada tahun ini yang merupakan hari valentine pertama selepas bergelar suami isteri, saya teringin untuk dinner dan spend time bersama suami. Tapi, masih tidak kesampaian memandangkan sekarang ini saya berada di Sabah (atas urusan penting) dan dia berada di KL. Maybe next yearlah. Mungkin saya mau belajar baking. Nak buat kek special untuk valentine day. Hopefully.hehehe

#Lain cerita
The night before valentine kan, saya ada bermimpi yang boleh diklasifiksikan sebagai nightmare. Dalam mimpi itu, saya bercerai dengan suami (tidak pasti sebab apa) dan berkahwin dengan seseorang (one of my secret admire before my husband). Tetapi selepas perkahwinan saya rasa sangat tidak bahagia dan ingin merujuk balik dengan suami. Sedih, suami tidak mau terima saya lagi. Oleh kerana saya rasa sedih sangat, saya terjaga dari tidur. Syukur hanya mimpi saja. Tapi, mimpi itu sangat menganggu fikiran saya sepanjang hari. Hopefully, tidak ada apa-apa yang berlaku di antara kami.



Walaupun suami saya tidaklah 'seperfect' seperti yang saya impikan sebelum perkahwinan dulu, dia tetap suami saya. Dan saya tidak boleh hidup tanpa dia. Saya percaya, dialah lelaki yang disediakan oleh Tuhan untuk menjadi pelengkap dalam hidup saya, untuk menjadi pelindung dan untuk menjadi ayah kepada anak-anak saya. I love & miss u so much hubby






Thursday, February 13, 2014

MY NERD SISTA

Kemarin, my mum text me my adik bungsu punya result last sem. My adik ini student di UPSI tahun satu mengambil kos Pendidikan Teknologi Maklumat. CGPA 3.5, wow! dean list itu. 1st sem sudah dapat result hebat macam itu.

Terus saya teringat result 1st sem saya dulu yang tak berapa nak cukup makan. Ya, dulu saya masuk U, tahun 2006. Masa ini tak berapa canggih lagi. Saya komputer pun tak berapa mahir, apa lagi mau cari info tentang study. So, memang terkial-kiallah 1st sem itu. Dahlah, kira culture shock sangat-sangat, memang kampungan. Tak tau apa-apa sebab itulah kali pertama keluar dari kampung sebab sebelumnya pun ambil STPM yang tak jauh beza macam sekolah menengah.

Berbeza dengan adik saya yang baru sahaja mendaftar pada september lepas. Sejak sekolah menengah lagi sudah dibiasakan dengan komputer. Masa STPM pun sudah didedahkan cara mencari maklumat. Just google, everything boleh dapat. Ditambah lagi, ada sudah siblingnya yang sudah mendahului. So, senanglah ada panduan sudah. 

Back to title, ya, memang adik saya ini agak nerd aka skema. Dari zaman sekolah rendah lagi, sudah nampak ke~nerd~an dia. Sentiasa on time kalau nak ke sekolah. Dari segi pemakaian pun sangat mematuhi peraturan. baju, kasut, rambut, tiada macam student lain yang ala-ala korea atau indonesia. Saya rasa kerja rumah pun dia tak pernah tak hantar atau hantar lambat kot. Stationary dia pun sentiasa lengkap. beg sekolah hari-hari penuh buku. Ringkasnya, dia tak pernah sekali pun 'break the rule'

Saya ingatkan, bila dah masuk U, adalah perubahan. Rupa-rupanya masih sama. Saya sendiri atau mana-mana student lain, jarang sekali saya nampak pergi kelas bawa 2,3 buku teks. Yang saya biasa nampak, 1 buku nota, 1 pen dan pendrive. Kadang-kadang, ada lagi yang tak bawa apa-apa. Berlainan dengan adik saya yang masih juga bawa buku teks yang berat ke kelas dengan naik bas. Yang lucu lagi, sampai koyak beg sebab beg terlalu berat. 

Inilah rupa adik ku bila nak ke kelas.
Sesuailah jadi cikgu kalau macam ni.
Tapi, jerih payah mu tidak akan sia-sia. 1st sem sahaja sudah dapat result yang saya kira hebat. Sebab adik saya ini bukanlah tergolong dalam pelajar yang genius tapi sebab rajin belajar dia boleh dapat result yang terbaik. So, untuk adikku teruskanlah attitude mu itu. Tapi, satu yang kakak mu pesan, tetap rendah hati walaupun sudah berjaya. Ok, all the best untuk sem yang seterusnya. 

Wednesday, February 12, 2014

Repost: Menjadi Isteri Yang Cantik Jasmani & Rohani

PEREMPUAN YANG BERKENAN KEPADA TUHAN
(Refleksi dari Amsal 31:25-31)
Oleh : Pdt. Gustav G. Harefa
31:25 Pakaiannya adalah kekuatan dan kemuliaan, ia tertawa tentang hari depan. 31:26 Ia membuka mulutnya dengan hikmat, pengajaran yang lemah lembut ada di lidahnya 31:27 Ia mengawasi segala perbuatan rumah tangganya, makanan kemalasan tidak dimakannya. 31:28 Anak-anaknya bangun, dan menyebutnya berbahagia, pula suaminya memuji dia: 31:29 Banyak wanita telah berbuat baik, tetapi kau melebihi mereka semua. 31:30 Kemolekan adalah bohong dan kecantikan adalah sia-sia, tetapi isteri yang takut akan TUHAN dipuji-puji. 31:31 Berilah kepadanya bagian dari hasil tangannya, biarlah perbuatannya memuji dia di pintu-pintu gerbang!
Pada zaman sekarang ini, jika ditanyakan kepada laki-laki atau bapak (suami), apa yang menjadi kriteria perempuan idaman anda?. Pasti akan memberi jawaban sesuai dengan seleranya masing-masing.
  • Ada yang menjawab bahwa perempuan idamannya adalah orang yang cantik.Dalam hal ini dia hanya melihat dari lahiriah.
  • Ada juga yang mengatakan orang yang sudah memiliki pekerjaan yang mapan (PNS, pengusaha, dll). Dalam hal ini, si pria melihat dari segi masa depan.
  • Ada juga yang mengatakan adalah perempuan yang bisa mengatur rumah tangga; . dalam hal ini melihat dari tangungjawab (mengurus keluarga, memasak, dll). Kan kurang baik juga ketika seorang istri hanya bisa masak mi..pagi hari misalnya mi, siang indomie, malam supermi..begitu seterusnya.
  • Ada juga yang mengatakan adalah perempuan yang kayaDalam hal ini melihat dari materi, dan masih banyak yang lain.
  • Apakah kriteria di atas salah di hadapan Tuhan. Pada dasarnya tidak. Karena semua manusia termasuk perempuan diberi kemampuan yang berbeda-beda dan laki-laki diberi kebebasan untuk memilih.
Namun, saudara yang kekasih di dalam Kristus,  dalam Firman Tuhan yang kita renungkan pada saat ini, justru melihat bahwa perempuan atau istri yang menjadi idaman yang baik dari laki-laki dan berkenan kepada Tuhan mesti memiliki kriteria dalam 2 (dua) hal yaitu kecantikan rohani dan kecantikan jasmani.
Ajakan ini adalah pengalaman dari seorang raja Masa, yang bernama Lemuel yang sebenarnya dia dapatkan dari ibunya sendiri (Amsal 31:1). Hal ini mengingatkan kita bahwa ibu yang baik mesti menjadi teladan dan memberi contoh kepada anak-anaknya. Dalam hal ini (khususnya ayat 25-31) yang kita renungkan, bahwa seorang perempuan (istri) yang baik adalah
  • pertama, menjadi teladan dalam hal fisik – pakaian kemuliaan..sekarang ada perempuan pakaiannya tidak menjadi teladan bagi anak dan orang lain (band. I Timotius 2:9 Demikian juga hendaknya perempuan. Hendaklah ia berdandan dengan pantas, dengan sopan dan sederhana, rambutnya jangan berkepang-kepang, jangan memakai emas atau mutiara ataupun pakaian yang mahal-mahal, tetapi hendaklah ia berdandan dengan perbuatan baik, seperti yang layak bagi perempuan yang beribadah)
  • Kedua, berhikmat, (ay. 26) – bukan penggosip, tukang kompor.
  • Ketiga, orang yang bertanggungjawab dalam segala hal (ay. 27 atau kecantikan jasmani).Tanggungjawab yang dimaksud adalah berhubungan dengan apa yang terjadi di tengah-tengah keluarganya bukan hanya  dari segi kebutuhan suami, kebutuhan anak tetapi akan apa yang dilakukan di tengah-tengah keluarga. Kesan menunjukkan bahwa ibu (perempuan) hanya bertugas untuk melahirkan dan membesarkan anak. Selain itu untuk kebutuhan keluarga (memasak, menyuci, dsb). Tetapi kriteria pertama ini jauh lebih luas. Seorang perempuan yang baik semestianya mengajar anaknya mulai dari kecil sampai besar baik dari pendidikan, ketrampilan dan tanggungjawab. Juga di dalam kebutuhan keluarga, dia menumbuhkan rasa sukacita di tengah keluarga. Selain itu dia juga menopang suami dalam memenuhi kebutuhan keluarga. Untuk apa seorang ibu (perempuan) cantik, tetapi tidak mau kerja dengan alasan kulitnya rusak?. Untuk apa seorang wanita karir, tetapi keluarga hancur berantakan. Untuk itu semua mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
  • Keempat, adalah perempuan (istri) yang takut akan Tuhan atau kecantikan rohani (ay. 30b).Dalam hal ini dia juga bertanggungjawab dalam kebutuhan kerohanian anak-anaknya, dengan mengajar berdoa, mendidik kepada Firman Tuhan dengan menjadikan teladan di tengah-tengah keluarga. Kesan menunjukkan bahwa yang paling rajin ke Gereja adalah kaum perempuan. Untuk itu kita sebagai ibu-ibu jangan berkecil hati ketika sekarang Gereja dikatakan sebagai Gereja Perempuan..
Tentu saja kedua hal di atas baik kecantikan jasmani dan kecantikan rohani tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Semuanya mesti berbarengan. Apabila dapat digabungkan, maka berkat akan melimpah yaitu
  • pertama, menjadi berkat bagi keluarga (ay. 28). Suami dan anak-anak merasakan satu kedamaian di dalam keluarga karena kehangatan dan keakraban yang dipancarkan oleh kasih sayang seorang ibu.
  • Kedua, menjadi pujian dan kebangggan keluarga (ay. 29). Kesan juga menunjukkan bahwa ada sebagian suami berselingkuh dan mencari wanita lain, oleh karena istri yang penuh dengan pengaturan, cerewet dan tidak membahagiakan keluarga. Tetapi dengan bertanggungjawab dan takut  akan Tuhan, dia menjadi kebanggaan suami dan anak-anak.
  • Ketiga, mendapat berkat baik dari keluarga maupun dari Tuhan (ay. 31). Dalam hal ini, keluarga akan menyayangi dan mencitai dirinya dan terlebih dari Tuhan akan mendapatkan sukacita, ketrentraman dan umur panjang yang penuh dengan kebahagiaan.
“Kasih ibu sepangjang jalan, kasih anak sepanjang penggalah”. Ungkapan ini sebenarnya memberikan kekuatan bagi kita bahwa seorang perempuan (istri) memiliki tanggungjawab yang besar di tengah-tengah keluarga. Tanpa seorang Ibu, maka anak-anak tidak dapat hadir di tengah keluarga. Mulai dari kecil samapai besar, tanggungjawab seorang ibu sangat besar. Tempat pengaduan seorang anak adalah ibu. Bahkan apabila terjadi dukacita di tengah keluarga, sedih, sakit, maka dengan perasaannya ibu memberi hatinya untuk mendampingi dan menerima semuanya (band. Amsal 10:1 “Anak yang bijak mendatangkan sukacita kepada ayahnya, tetapi anak yang bebal adalah kedukaan bagi ibunya”). Namun itu juga tidak dapat tercapai, tanpa dukungan dari seorang suami. Suami yang baik adalah suami yang mau memperhatikan, menyayangi dan bergandengan tangan dengan istri dalam memenuhi kebutuhan keluarga. Di samping itu, seorang ibu mesti memberikan seluruh pergumulannya kepada Tuhan, karena kasih Tuhan sepanjang zaman. Amin.
Bahan diskusi :
  1. Bagaimana tindakan kita menjadi istri yang menjadi berkat bagi keluarga (suami dan anak-anak)?
  2. Apa tugas kita dalam mendukung suami dalam tugas pelayanan atau pekerjaannya yang mungkin sangat sibuk dan kurang perhatian dalam keluarga)?..
(Terima kasih untuk renungan ini, saya repost supaya saya boleh review bila-bila masa)

Tuesday, February 11, 2014

Long Mio Throwback

Last night, saya sempat berchat dengan seorang kawan jepun aka research member, Keiko-san. Dia kata akan datang ke KK lagi minggu depan untuk last trip ke Long Mio. Wah, last sudah ka? mau ikutlah pula. Saya teringat orang kg di sana cakap akan buat party perpisahan besar-besaran pada last trip nanti. hmmm...

Kalau saya tidak silap ini mungkin trip yang ke-7 atau ke-8. First trip ke Long Mio ini adalah pada Oktober 2011. Trip yang first ini saya ada ikut (boleh refer older post) sehingga trip yang ke-4. Daripada ke-4 trip ini, member setiap trip pun silih berganti. Saya rasa Keiko saja yang ada hadir di setiap trip. Saya tak ingat dah trip ke berapa yang paling syok. Macam semua saja syok. Tapi yang pasti, trip terakhir ini mesti yang paling syok di antara trip lain.

Saya tak jugalah rasa rugi tak ikut, tapi jauh di sudut hati memang nak ikut. Tapi keadaan badan yang tidak mengizinkan. So, biarkan sajalah mereka berseronok di Long Mio. Tapi Keiko awal-awal sudah invite untuk ikut dinner terakhir selepas keluar dari Long Mio pada 24 Feb nanti. Tapi, seganlah. Kalau tak ikut kerja, tapi tiba-tiba ikut makan. hahaha

Anyway, inilah throwback pic dari trip 1 - 4
Trip 1 (October 2011) berdiri: Yop, Daniel, Zia Yiing, Chun Hung, Bobo, Hoshi,
Dr Hirata, Dr Phua, Wilson  duduk: Azwan, En. Rizan, Saya, Nicole, Keiko

Trip 2 (February 2012) berdiri: Wilson, Dr Hirata, Hoshi, Razis, Alex, Daniel, Saya
duduk: Chun Hung, Zia Yiing, Nicole, Keiko, Azwan

Trip 3 (July 2012) berdiri: Alex, Saya, Wilson, Dr Phua, Lupa Nama, Louis SFI,
Jamil Resort, Hoshi, Idris SFI, Rozaidi, Lupa Nama,
duduk: Jino, Zia Yiing, Keiko, Jeffron, Razis, Erwan

Trip 4 (October 2012) berdiri: Wilson, Dr Tsyuki, Hoshi, En. Seli, Idris SFI,
Dr Hirata, Zia Yiing, Azwan, Rozaidi, Daniel, Keiko, Saya duduk: Alex, En. Rizan
Saya sangat rindu dengan team ini. Nak menangis masa tengok balik picture lama-lama ini. Di sinilah saya dapat ramai kawan. Kalau bukan dari trip ini, mungkin saya belum ada kawan yang rapat sampai sekarang. Saya belajar banyak tentang forest inventory dan team work. Segala pahit dan manis semasa trip ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Thank you everybody

Monday, February 10, 2014

Boy or Girl

Chit chat just now with my family in law. Talking about pregnancy. Actually, biras saya pun (isteri kpd BIL) pun sedang mengandung sebulan lebih awal dari saya. Kiranya, anak mereka adalah cucu pertama untuk MIL saya dan anak kami cucu kedua. Tanpa disangka, di rumah mentua saya nanti akan lahir dua orang cucu pada tahun yang sama. Yalah BIL saya ni sudah berkahwin setahun sebelum kami. Tapi, mereka planning selama setahun (tak pasti apa sebab), dan sebab itulah kami sama-sama mengandung tahun ini.

Actually kami pun planing tapi dalam masa yang sama tak sabar nak ada anak. Sebab itu tak dapat planning lama. hahaha.. Kalau tak silap, biras saya due pada bulan ogos, saya pula pada awal september. Tapi kami mengharapkan yang baby kami nanti lahir bulan ogos juga. Lucky no. 8 lah katakan.

Seperti biasa, kalau si Bapa ini mengharapkan anak pertama itu anak lelaki. Supaya ada kawan nak sportlah, memancinglah, etc. Husband dan BIL pun sama jg seperti bakal-bakal Bapa yang lain. Berlainan dengan si ibu pula termasuk saya mengharapkan anak perempuan. Tapi apapun, saya terima sahaja. 

Kalau merujuk kepada chinese gender chart kan, seperti di bawah ini, anak kami diramalkan anak perempuan dan BIL saya lelaki. Apalagi, BIL saya happylah dengan ramalan ini. Husband saya pula, saya tidak pasti apa perasaan dia sebab dia pun inginkan anak lelaki juga. Apapun, kami tidak percaya ramalan ini 100%. Yang penting anak kami sihat. 


Chelsea update

Semenjak dua menjak ini, saya jarang sekali untuk update tentang fav team saya Chelsea. Saya cuma kadang-kadang baca di group fb sahaja. Tapi, last week saya balik kg dan my bro yang gila bola cuma tak pasti apa team fav dia, on live liverpool vs arsenal. wah kalah teruk arsenal 5-1 padahal arsenal team yang top sekarang dan liverpool pula pada kedudukan ke-4. Kekalahan teruk itu membawa team fav saya mendapat tempat top untuk minggu ini. Cuma hanya perbezaan 1 mata saja dengan arsenal di tempat ke-2. Ini merupakan satu peluang yang cerah untuk Chelsea menjadi juara EPL season ini. Tapi harus juga berhati-hati dengan Arsenal dan Mancity yang tidak jauh beza mata. Lagi pula, sejak awal season lagi, kedudukan tidak tetap. Belum ada team yang menonjol. Chelsea pun masih berubah-ubah kedudukan di top 4. Tapi kalau Chelsea dalam semua perlawanan beraksi dengan baik dan maintain untuk menang, mudah-mudahan Chelsea akan jadi juara. Baki perlawanan ada 13 lagi. #KTBFFH

Untuk Champion League pula, Chelsea layak untuk ke round 16 (Chelsea no.1 group stage). Dan akan beraksi menentang Galasataray pada 26 Feb ini. Harap-harap Chelsea dapat jadi Champion lagi untuk season ini. Tapi masih jauh lagi perjalanan. Anyway, kata fan2 chelsea, #in JM we trust..

#throwback
Agak sedih bila Juan Mata dipindahkan ke team Manutd. Saya minat Mata lebih-lebih lagi kalau digandingkan trio dengan Oscar dan Hazard (#MAZCAR). But, untuk keberlansungan karier beliau, saya paksa rela melepaskan Mata ke Manutd memandangkan Mata bukanlah pemain pilihan JM. Kalau selalu dibenchkan bagaimana karier dia berkembang. anyway, di mana pun teamnya, All the best Mata. Jumpa di World Cup nanti. Salah satu team fav saya itu Spain (selain England).

Mata with his new jersey no.8






Friday, February 7, 2014

Bisnes

Nowadays, banyak sekali bisnes-bisnes online yang diperkenalkan. Memandangkan taraf hidup yang semakin meningkat dan kekurangan peluang pekerjaan mendorong ramai orang untuk melibatkan diri dalam bisnes online yang menjanjikan kekayaan. Bila saya scroll down di fb page, mesti ramai yang post bonus masuklah, hanya klik saja masyuk, pm saya kalau berminat, etc..

Ada yang macam logik, ada yang trick semata-mata menarik minat teman-teman dan tidak lari kadang-kadang ada penipuan. Antara online bisnes yang popular di kalangan teman-teman saya ialah bossventure, theweeklypay, kaaching, tune excel etc... Ke semuanya lebih kurang sama seperti multi-level-marketing (MLM).

Tahun 2010, saya pernah mengikuti 1 bisnes online yang dipanggil infinity downline. Tapi baru 1 orang saja downline saya dapat, saya sudah berhenti sebab tidak tahan dengan penolakan (tidak kena layan). Cuma saya tidak pasti sama ada bisnes itu berlesen atau tidak. Tapi kalau menurut Islam, itu satu bisnes yang haram. Pada saya, kalau rajin mungkin boleh berjaya jugalah.

Dan sekarang, ada kawan memperkenalkan bisnes kaaching atau phytoscience. Murah saja modal yang diperlukan tapi ya, lebih kurang juga yang saya pernah join dulu. Bezanya, bisnes kaaching ada jual produk. And brother saya sendiri sedang join satu bisnes, lupa nama lebih kurang Aspire. Yang ini agak tinggi modal mencecah ribu. hmmm... tak berminat kot...

Saya ada terfikir untuk bisnes tapi bukan yang cara MLM. Masih dalam perancangan dan pencarian dana. Mungkin ada ambil masa setahun lagi. Saya sudah pernah share dengan beberapa orang yang rapat dengan saya termasuk husband. Semua bagi respon yang positif dan menyokong. Cuma yang saya perlu buat sekarang mencari info tentang bisnes tersebut dan yang terpenting sekali dana. Saya sudah nampak peluang itu cuma belum mula bertindak lagi memandangkan kekangan waktu untuk sekarang ini. But seperti yang saya cakap tadi, mungkin ambil masa setahun lagi means tahun 2015.



Honeymoon (throwback moment)

Post kali ini, saya mau cerita tentang kisah honeymoon saya and beloved husband pada september yang lepas. Kami tidak banyak keluar berjalan seperti pasangan lain memandangkan husband terus saja masuk kerja selepas beberapa hari sahaja kami berkahwin. Yalah, cuti banyak dihabiskan sebelum kahwin untuk mengurus hal-hal perkahwinan dan keluarga. Lagi pula, kami mau save cuti untuk cuti krismas dan emergency. 

Tapi sepanjang sebulan selepas perkahwinan itu, kami mengambil masa hujung minggu untuk berjalan-jalan sekitar KL saja dan yang paling jauh itulah yang bakal saya ceritakan. Tapi, saya tidak merungut sebab pada saya bersama dengan husband berdua setiap masa itu sudah dikira honeymoon memandangkan sebelum perkahwinan, kami duduk berjauhan. Hanya pada cuti-cuti tertentu sahaja dia balik kampung. Itupun, masa sangat terbatas juga sebab saya pun ada komitmen lain semasa cuti.

So, kisah honeymoon yang saya pilih untuk diceritakan: berlayar dengan Superstar Libra. Actually, taklah berlayar mana pun. Cruise itu berlegar-legar sahaja di lautan. hahaha... so, jumaat after husband balik kerja kami terus ke Penang (drive sendiri). Sampai di Penang, kami menginap di Flamingo Hotel untuk 1 malam. Kami sebenarnya bukan pergi berdua, tapi ada sepasang lagi pengantin baru (sepupu husband), tapi masing-masing punya hal lah.

Then, sabtu, bangun pun lambat-lambat. Nak dekat jam10 itu baru keluar round2 Penang. Tak juga round ke mana sebab malas nak jalan. Kami lepak di mall saja menunggu masa boarding cruise. Lupa dah, masa boarding jam berapa.

Posting sebentar sebelum masuk dalam cruise
Ini ruang cabin. sempit tapi saya suka designnya. 
Cabin no 8011 di deck-8. Tingkat paling atas ini.
Ruangan atas, open space. tak banyak gambar kami.huhu
So, after simpan barang, terus kami jalan-jalan di bahagian atas. Then, menikmati hidangan makan malam (buffet). Kami makan sepuas-puasnya biarpun macam tak berapa sedap pula makanannya. Macam-macam jenis makanan ada tapi laksa sahaja yang saya rasa sedap. Sorry, tak gambar makanan untuk dikongsi. Saya bukan jenis yang suka untuk bergambar sangat. But, after this saya mana-mana saya pergi, saya akan cuba ambil gambar banyak-banyak untuk share dalam blog ini.

After makan, kami mandi and bersedia untuk aktiviti malam. Ada aktivti @show yang kami boleh join secara percuma (include in package), ada pula yang kena bayar. Tapi yang paling menjadi perhatian adalah di casino. Penuh orang. Ada lagi crew yang berjalan-jalan promote alcohol la, jackpot & lucky draw and ticket untuk 1 show khas untuk adult, Nikita show. Kami pun belilah tiket untuk nikita show. apa yang ada, tak perlu ceritalah. tiket hanya rm70 untuk 2orang. Oh ya, semasa dalam cruise ini, kita akan dapat access card. so, bila kita nak beli sesuatu, kita tak perlu bayar cash tapi crew akan key in berapa banyak kita spend then semasa check out nanti baru kita bayar. jadi berhati-hatilah, jangan pula sembarang guna access card, nanti tak dapat bayar nanti.. hahaha..


Ini antara show yang sempat saya ambil gambar. Penari-penari dari Russia kalau tak silap ingat. Kalau yang Nikita show tak boleh ambil gambar, tak boleh bawa hp atau camera pun. Malam itu, kami habiskan masa berjalan-jalan disetiap tingkat kapal. Kalau boleh dalam ruang captain pun nak masuk juga. Bila dah tengah malam, tiada orang dah berlegar-legar. semua sudah masuk cabin masing-masing atau dalam casino. Kami pula bersama yang sepasang lagi minum-minum bersama crew kapal. Dalam jam 2am, baru masuk cabin. Esoknya, breakfast sahaja dan ready untuk check out jam 10 am. 

Then itulah ceritanya. 1 malam sahaja memang tak puas. mungkin lepas ini kalau ada lebih-lebihan, kami plan mau bercuti ke Phuket pula dengan cruise. Hopefully. 



Positif H1N1 di Hospital Likas


http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/02/06/Sabah-H1N1-Likas/

Berita tergempar semalam. Lebih berhati-hati selepas ini. God bless

Thursday, February 6, 2014

Our Wedding (throwback moment)

Hi semua,
di kala keboringan ini, saya ingin tulis sesuatu tentang wedding saya pada 31 Ogos 2013. Sekarang sdh 5 bulan lebih saya bergelar isteri. Tentang pahit manis hidup berumah tangga itu sudah pasti, bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Banyak perbezaan sikap yang perlu difahami dan perlu banyak pengubahsuaian dalam diri sendiri juga. Dan saya bersyukur menjadi isteri kepada suami saya dan tidak pernah menyesal. aiseyman...

Actually, saya mau cerita tentang tema perkahwinan kami. Dalam entri saya yang lepas, ada saya mention nak tema sport lah rainbow lah kan, but yang sebenarnya yang terjadi tidak seperti entri lepas. Plan, plan and plan, akhirnya, tema yang dipilih hanyalah gabungan warna merah (pilihan suami), biru (pilihan saya) and gold (pilihan kami- lambang keserasian/kesatuan). Merah dan Biru nampak berlawanan sebab suami Red Devil, saya pula The Blues, so kami perlu cari satu lagi warna untuk menyatukan. Pilih, pilih dan pilih, jadilah warna gold.

Tapi macam tak juga menjadi sangat tema ini sebab di Bridal yang kami pilih tiada warna gold, paling nak dekat sama kuning dan ada campur putih juga. Hentam sajalah...

Ini entrance. Pic sebelum mula majlis ni
Ini bahagian dalam. Nampaklah penggunaan tema di sini.
Yang lapis meja dan kerusi itu bukan dari bridal. 

Ini head table. Lihat, ada mix colour yellow and white di situ.
Ini, hiasan kereta. macam2, tak ikut tema. macam merah pula yang menyerlah 
Yang ini di church. After ceremony sudah ni.
Sama juga mix colour
Ini pelamin. Pic sebelum majlis bermula
Ini pula kek. simple saja kan. no.8 itu kira lucky no kamilah.
Birthday kami sama-sama bulan 8. Engagement & Wedding pun bulan 8. 
Ok, untuk entri throwback yang pertama ini, bicara tentang tema saja. Ceremony dan Reception akan datang. Thanks for reading :-)

Wednesday, February 5, 2014

Checklist 1

Haha.. awal sgt kali...
tadi boring2 pg tgok yg baby shop online di fb.. so, pertama sekali sy nak check untuk baby bed and travel la.. yg baju2, botol susu dsbgnya nanti sy check..
so, ada beberapa yg menjadi pilihan antaranya,

set tilam 
set tilam berkelambu dan bedung. 
harga dalam RM 85 (semenanjung).
Set tilam kelambu + 3 pcs bantal 
Set tilam bedung + 1 bantal
tapi yang ini pun mcm cantik jg. 
tilam bear + 2 pcs bantal. 
harga RM 75 (semenanjung)
tak pasti mana satu lagi. sama ada yg berkelambu ataupun tidak. Kalau ikut rumah di KL tak juga perlu kelambu. Kt kg pun mcm kadang2 saja ada nyamuk. nantilah decide tapi akan beli salah 1 saja la.

Then, utk baby tidur waktu siang, ada 2 jenis yang menarik minat.
Bean baby. RM 170 (sem.) 
Rocker baby. RM 175 (sem)


Untuk travel & jalan-jalan pula, 
Baby car seat (3 in 1). RM 185 (sem)
Baby stroller (candy 909m). RM 230 (sem).

Baby carrier (6 ways). RM 55 (sem)
5 in 1 mummy bag
1 big diaper bag + 1 small diaper bag + 1 changing pad
+ 1 bottle bag + 1 food bag
Harga = RM 80 (sem)

Semua masih dalam pemerhatian. Check dulu harga online then survey sendiri di kedai. Baru decide. Sebagai ibu kena bijak berbelanja. tak perlu cakap untuk anak, sanggup beli apa saja. actually semua itu berdasarkan keperluan. aisey..hehe

tentang colour pula, tak kisah dia boy or girl, saya nak beli warna merah atau biru saja. Kalau girl pun, sy x akan beli semua pink. biar dia dah pandai pilih colour fav dia, baru ikut apa dia suka. sekarang ikut test parent dulu ya.

Next,.. cont


Tuesday, February 4, 2014

9 weeks

Hi..
cerita mom-to-be lagi.

sudah masuk 9 weeks tapi saya masih rasa biasa2 saja. sy x rasa mengidam ka loya2 ka. saya cuma rasa cepat penat saja. kadang2, sampai saya terlupa yg sy sedang mengandung. Pernah jg rasa loya tapi bila nak berus gigi la. terutama bila kenyang, dan berus gigi. kadang2, kena berus balik sbb termuntah. lain2, macam mengidam, mcm x atau baby x minta spesifik apa dia nak makan sebenarnya. sy cuma jadi x suka makan daging (ayam, bab1 dsbgnya). sy prefer makan sayur atau seafood saja. mula2, sy fikir mungkin ka sbb jauh dari daddynya, so baby x minta macam2.

then, tadi ada borak2 dgn kawan yg sdh pregnant 34 minggu. dia pun sama mcm saya. x rasa mual2 dan mengidam. seolah-olah macam biasa saja. so, ya itu la. x semua ibu akan mengalami benda yang sama. ada yg teruk, ada yg x. ada yg lama menanggung alahan, ada yg sekejap. apa faktornya, saya pun x tau.

di sebalik semua itu, sy bersyukur kerana sy masih sihat dan harap2 baby pun sihat jg..

lain punya cerita, huahuahua... last weekend (cuti CNY), sy balik kg. papa saya (utk lbh lanjut akan diceritakan kemudian) yg memang suka memasak sdh prepare makanan khas utk saya. seafood memandang sy x berapa suka sgt nk mkn daging masa ni. tp bukan jg mengidam. antara seafood yg ada, ada ketam bakau, siput tarik (xtau nama betul), ikan sebelah and ikan gaguk (malay xtau). banyak kan. sebabnya murah sgt2 banding beli di tempat tinggal sy di kepong. ketam bakau RM 6/kg, kalau di kl RM 20>/kg. bayangkan perbezaan harga. then siput tarik RM3/kg, di kl xpasti sbb x pernah beli tp pernah makan di restoran KK, RM 22/kg. memang puas makan la. yg ikan x tanya harga tapi memang murah. sy membayangkan kalau sy duduk kl skg dgn harga seafood yg berganda2 mahal, wah, x mampu nk beli. ikan kerisik pun sdh RM 16/kg.

itulah ceritanya utk kali.

Wednesday, January 29, 2014

S to M to L

hi..
saja mengisi masa boring. bila diamat-amati template pic and profile pic saya kan, macam sangat berbeza dengan penampilan saya sblm ini. Apa tidaknya, itu gambar sejak 2010 or 2011 lagi. 3 tahun yang lepas. semasa masih bujang2 lagi. ya, itulah style saya. Yang simple memanjang. Dengan t-shirt dan seluar jeans. jarang2 la nak berfesyen ala feminine. Baju saiz "S" dan skinny jeans memang sesuai untuk org kurus macam sy.

But, selepas kahwin, segalanya berubah. Badan semakin berisi. Kenapa ya? Apa yg telah husband ku lakukan? haha.. pertanyaan apa ka ini? kalau yang dulu saiz "S" itu selesa, tapi sekarang, "S" itu sempit, "M" sdh muat2, dan "L" longgar2 lagi lah. Kalau ditengok pada pic, x la nampak berisi cuma bahagian pipi ada naik comel sikit. tapi, sy sendiri terpaksa simpan dah baju2 "S" dalam almari (ada yg sudah packing utk bagi anak2 buah). seluar skinny, hmmm... x boleh dah.. x muat sudah. kesian husband ku kena beli baju baru untuk wife yg sedang membesar. ada juga baju husband yg kecil sikit sy ambil untuk pakai di rumah.

Anyway, itu la perbezaan ketara yang berlaku hasil dari perkahwinan. kadang2, saya rasa macam cara org tua je saya berpakaian. tapi terimalah hakikat yang memang dah nak masuk 30 pun. Umur meningkat, badan pun semakin besar, tanggungjawab pun berganda-ganda dan sudah pasti berkat Tuhan melimpah-limpah.

so, ini lah cerita untuk hari ni. nanti saya tukar la pic2 itu jadi lebih ladies orang bilang bukan macam minah rempit bilang si anu. haha....


Thursday, January 23, 2014

Mom To Be

Shalom. agak lama jg tidak aktif bloging ini. mmg tidak aktif pun kn...
lihat topic.. macam pelik je... haha... x ada pun entri sdh wedding tetiba nak jadi ibu ka?
opss...bukan yg luar2 ya... actually saya sdh pun berkahwin pada 31 August 2013... haha.. cuma x update sj dalam blog. Nanti la sy sy buat entri balingbalik ttg kahwin ya...

ya, tidak lama lagi akan bergelar ibu. actually skg ni pun sy sudah bahasakan diri sebagai mummy kpd nanak sy. walaupun mungkin dia x dengar lagi. tp sy selalu bercakap dgn dia. sblm tido, bangun tido. bila2 masa terluang atau nak buat apa2 pun sy bagitau sama nanak sy.

skg sdh masuk 7 minggu dan 5 hari. masih dalam trimister pertama. blm lagi pigi scan. morning sickness, actually sdh mula tapi x la teruk sgt tapi yg pasti sy mudah penat, mudah lapar. yg agak susah skg, sy macam x boleh makan masakan sndr. yg susahnya, skg sy duduk jauh dr mr daddy. so, x org tolong nak masak. tapi sy paksa jg la atau beli di kedai. tapi, sy x boleh manja sgt. memandangkan skg duduk seperate dgn daddynya, perbelanjaan pun kena bagi 2. apa lagi sy ni belum bekerja, nak save tiket flite, belanja masa pregnant dan saving untuk nanak lahir nanti. so, mmg kena jimat sejimatnya. kenapa duduk seperate? x perlu cerita la. adalah sebab. bukan gaduh ya. tapi saya ada urusan di kk yg perlu disettlekan selama 3 bulan. hopefully bulan april semuanya settle. then boleh balik rumah kat kl.

actually duduk seperate dengan husband sgt sukar bagi saya. lain sgt situasinya semasa bercinta dulu. kadang2 5 bulan baru jumpa tapi x la rindu sampai nak nangis. tapi after kawin, then terpaksa duduk seperate dgn husband, lebih2 lagi tgh awal mengandung yg sgt2 perlukan perhatian husband, call dan mesej itu x cukup. selalu jg nangis2 dalam bilik seorg2. hmmm... harap2 x memberi kesan buruk pada nanak. huhu..

o ya, sy nak cerita experience sy naik pesawat pada awal hamil ni. sy balik kk naik flite pada usia nanak baru nak masuk 7 minggu. sy risau jg sbb banyak org ckp x boleh. tapi sbb x pilihan sy terpaksa. sy takut2 jg hari ni. tapi sy rasa semuanya ok. then sy cari info dalam google.ada yg katakan boleh cuma berisiko untuk darah beku disebabkan tekanan semasa di udara. ada dicadangkan supaya pakai stoking atau legging, dan berjalan2 dalam pesawat setiap 1 jam. pastikan jg anda tidak terdehidrat (means minum banyak air). saya x buat semua itu. harapan sy nanak sihat saja dan saya yakin Tuhan melindungi kami semasa dalam pesawat.

ok la. cukup untuk entri kali ni. nnt rajin sy tulis lagi. see u...